Memang kita boleh lakukan sendiri UPT test, tapi ada juga kes bila dilakukan test sendiri resultnya negatif. Mungkin ketika itu hormon HCG di dalam badan masih belum tinggi dan masih dalam peringkat persenyawaan. Namun tidak ada salahnya mengetahui beberapa tanda-tanda yang kita hamil supaya dapat mempersiapkan diri lebih baik dalam menjaga kandungan.

  • Payudara membesar, menegang dan sensitif.
 Ini lah tanda yg paling awal dapat dirasakan dan ianya disebabkan pengeluaran hormon esterogen dan progesteron meningkat. Keadaan payudara juga terasa semakin lembut dan juga timbul rasa sensitif yang lebih tinggi daripada biasanya sehingga akan terasa sakit atau sakit bila dipegang. Puting susu ikut membesar dan warnanya makin gelap dan kadang-kadang akan terasa gatal. Urat lebih mudah kelihatan kerana payudara menegang dan adanya aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen) dimana hormon tersebut dihasilkan untuk peghasilan susu Ibu ketika sedang hamil

  • Mual dan Muntah
Kebanyakan wanita yang hamil akan merasa mual dan juga ingin muntah yang disebabkan peningkatan hormon HCG (Human chorionic gonadotrophin) secara tiba-tiba pada aliran darah dan juga pada saluran air kencing. Peningkatan hormon tersebut dapat mengakibatkan kesan pedih pada lapisan perut yang menimbulkan rasa mual, namun rasa mual ini akan hilang apabila kehamilan memasuki trimester kedua.

  • Kerap Lapar dan gemarkan manisan
Rasa ingin makan yang tinggi dan kerap lapar serta gemarkan makanan manis adalah yg biasa terjadi pada peringkat awal kehamilan. 

  • Kerap kencing (buang air kecil)
Wanita hamil akan menjadi lebih kerap buang air kecil dari biasa yang disebabkan pundi kencing tertekan oleh janin yang tumbuh dan juga peningkatan peredaran darah. Keinginan untuk buang air kecil lebih kerap kerana pundi kencing lebih cepat dipenuhi urine hasil peningkatan hormon kehamilan.

  • Pusing - sakit kepala
Wanita hamil akan selalu rasa pening dan juga sakit kepala yang diakibatkan oleh faktor fizikal iaitu keletihan, lapar, tekanan darah. Dan boleh juga diakibat secara emosional kerana perasaan tegang dan tertekan.

  • Rasa letih dan mengantuk yang berlebihan
Rasa letih dan juga sering mengantuk terjadi kerana perubahan hormon dan berlaku akibat penggunaan dan fungsi beberapa organ utama meningkat seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru. Ianya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin selain untuk keperluan diri sendiri, selain itu usia kehamilan yang terus bertambah membuat perut semakin membesar dan berat badan yang semakin meningkat dan menyumbang kepada keletihan.

  • Susah buang air besar (Sembelit)
Apabila hormon progesterone meningkat ia mengendurkan otot-otot rahim dan juga otot dinding usus sekaligus menyebabkan kesukaran membuang air besar. Namun ketika ini penyerapan nutrisi dari pemakanan dan pengambilan supplemen adalah lebih baik. Pada ketika ini pengambilan kalsium amat penting kerana ia akan diserap dgn lebih mudah dan ada ibu2 yang dapat merasakn lebih mudah membuang air besar.

  • Kerap rasa ingin meludah
Perubahan hormon estrogen juga mengakibatkan kelenjar air liur lebih aktif dan menyebabkan rasa payau atau pahit dan kerap ingin meludah namun keadaan tersebut biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila memasuki trimester kedua.

  • Suhu tubuh meningkat
Badan cenderung untuk berkeadaan suhu seperti suhu badan ketika kita sedang tidur. Ini kerana organ kita bekerja dengan lebih giat ketika kita sedang tidur dan mengakibatkan suhu badan meningkat. Keadaan ini berlaku sepanjang masa untuk ibu hamil dan akan meningkat ketika sedang tidur. Digalakkn untuk pakai pakaian yg nipis dan mengambil susu atau pil kalsium utk mendapatkn tidur yang lebih baik.

  • Munculnya tompokan darah & Kejang di bhg bawah perut
Kelihatan seperti darah haid yg biasanya berlaku 1 minggu hingga 10 hari setelah terjadinya ovulasi atau persenyawaan. Ianya terjadi disebabkan oleh embrio yg menempel pada dinding rahim ketika proses (implantasi). Anda tidak perlu risau. Tompokan darah pada wanita hamil biasanya diikuti dgn kekejangan perut itu akan berlaku secara teratur sehingga trimester kedua.

Tanda-tanda yang dialami spt di atas adalah bergantung kepada setiap individu. Ada yang tiada langsung merasai simptom2 itu. oleh sebab itu, pentingnya utk kita melakukan sendiri ujian air kencing supaya kita dapat melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal utk memastikan kandungan kita sihat dan mendapat zat yg mencukupi ketika diawal kehamilan.

Untuk mengurangkan alahan2 di atas adalah penting utk si Ibu mendapatkan khasiat secukupnya sebagai langkah utk si Ibu dan kandungan kekal sihat dan fetus mendapat khasiat-khasiat penting utk tumbesaran pengambilan supplemen Shaklee utk Trimester I, II dan III.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)