Hai dearies, 

Harini ada sambungan pasal garisan putih pada kuku. Disebabkan masa saya kecik-kecik dulu, saya ada seorang kawan rapat Nurul namanya, memang suka bercerita tentang mamanya yang kerja sebagai doktor. kalau dengar dari gaya kawan tu bercerita, jadi doktor tu tak lah susah sangat dan sangat best kalau dapat tolong orang. Tapi bila sekarang disebut tentang pekerjaan seorang doktor memang mencabar.

Suatu hari tu, kami bercerita tentang kuku dan dia perasan tentang kuku saya yang ada garisan putih didalamnya. Ada sesetengah kawan kata ada orang rindu. Saya ketawa terkekeh-kekeh bila teringat tentang tu. Tapi Nurul kata, mama dia cakap itu sebab kurang makan ikan. Memang saya akui sebab dulu saya kurang gemar makan ikan dan sayur. Bila dah berkahwin, beranak tiga ni baru lah tau kaitan garisan putih pada kuku dan kekurangan protein. Jadi betul lah apa yang Nurul kata.

Protein ni penting untuk kita sebenarnya. Kulit, rambut dan kuku adalah merupakan protein pada keseluruhannya. Protein sangat diperlukan untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim. Ketika tubuh sedang stess, perubahan hormon ketika proses kehamilan dan sedang menjalani rawatan keperluan terhadap sumber protein berkualiti juga meningkat.  

Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Walaupun sumber protein juga terdapat pada daging, susu dan keju, namun kita tidak disarankan untuk mengambilnya dengan kerap kerana protein dari sumber haiwan adalah tinggi kandungan lemak. Sumber protein terbaik adalah dari sumber tumbuhan seperti soya, badam, tauhu dan kekacang.

Panduan untuk memilih sumber protein yang terbaik yang diambil dari Panduan Pemilihan Vitamin - Dr. Bruce Miller
  • Mesti daripada soya yang Non GMO (Genetically Modified Organisme)
  • Mengandungi kandungan lemak yang rendah
  • Mengandungi kandungan karbohidrat bagi kegunaan aksi protein
  • Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu utk tubuh
  • Tidak mengandungi perasa, perwarna, pengawet tambahan 
Selepas saya melahirkan anak yang ketiga saya ada mengambil set MilkBooster Shaklee dan saya mengamalkan ESP & Alfalfa. Sejak itu saya mula noticed yang kulit saya semakin licin dan berseri, kuku semakin bersinar dan tiada lagi garisan putih, rambut juga semakin sihat. Memang benar lah Protein sangat penting utk memastikan tubuh kita sentiasa sihat dan well maintained. Semenjak itu saya tidak pernah mengabaikan pengambilan protein sihat dalam diet saya setiap hari.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Pentingya protein untuk kecantikan
  • Protein dan kelebihan ESP
  • kuku yang sihat
  • kuku komponen protein penting