Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

09/10/2014


Hai dearies, 

Harini ada sambungan pasal garisan putih pada kuku. Disebabkan masa saya kecik-kecik dulu, saya ada seorang kawan rapat Nurul namanya, memang suka bercerita tentang mamanya yang kerja sebagai doktor. kalau dengar dari gaya kawan tu bercerita, jadi doktor tu tak lah susah sangat dan sangat best kalau dapat tolong orang. Tapi bila sekarang disebut tentang pekerjaan seorang doktor memang mencabar.

Suatu hari tu, kami bercerita tentang kuku dan dia perasan tentang kuku saya yang ada garisan putih didalamnya. Ada sesetengah kawan kata ada orang rindu. Saya ketawa terkekeh-kekeh bila teringat tentang tu. Tapi Nurul kata, mama dia cakap itu sebab kurang makan ikan. Memang saya akui sebab dulu saya kurang gemar makan ikan dan sayur. Bila dah berkahwin, beranak tiga ni baru lah tau kaitan garisan putih pada kuku dan kekurangan protein. Jadi betul lah apa yang Nurul kata.

Protein ni penting untuk kita sebenarnya. Kulit, rambut dan kuku adalah merupakan protein pada keseluruhannya. Protein sangat diperlukan untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim. Ketika tubuh sedang stess, perubahan hormon ketika proses kehamilan dan sedang menjalani rawatan keperluan terhadap sumber protein berkualiti juga meningkat.  

Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Walaupun sumber protein juga terdapat pada daging, susu dan keju, namun kita tidak disarankan untuk mengambilnya dengan kerap kerana protein dari sumber haiwan adalah tinggi kandungan lemak. Sumber protein terbaik adalah dari sumber tumbuhan seperti soya, badam, tauhu dan kekacang.

Panduan untuk memilih sumber protein yang terbaik yang diambil dari Panduan Pemilihan Vitamin - Dr. Bruce Miller
  • Mesti daripada soya yang Non GMO (Genetically Modified Organisme)
  • Mengandungi kandungan lemak yang rendah
  • Mengandungi kandungan karbohidrat bagi kegunaan aksi protein
  • Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu utk tubuh
  • Tidak mengandungi perasa, perwarna, pengawet tambahan 
Selepas saya melahirkan anak yang ketiga saya ada mengambil set MilkBooster Shaklee dan saya mengamalkan ESP & Alfalfa. Sejak itu saya mula noticed yang kulit saya semakin licin dan berseri, kuku semakin bersinar dan tiada lagi garisan putih, rambut juga semakin sihat. Memang benar lah Protein sangat penting utk memastikan tubuh kita sentiasa sihat dan well maintained. Semenjak itu saya tidak pernah mengabaikan pengambilan protein sihat dalam diet saya setiap hari.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Pentingya protein untuk kecantikan
  • Protein dan kelebihan ESP
  • kuku yang sihat
  • kuku komponen protein penting



Posted on 9.10.14 by AyshaZachary

No comments

08/10/2014

Apabila terdapat perubahan warna atau wujudnya seperti tompokan putih atau kekuningan, ia menunjukkan tubuh sedang menghadapi krisis kesihatan. Perubahan-perubahan warna lain adalah seperti warna kuku yang pucat, kebiruan atau kuku yang berombak dan kasar dipermukaan juga adalah isyarat kehadiran masalah pada tubuh. Malah penyakit serius yang menyerang hati, paru-paru dan jantung juga boleh terlihat pada kuku.
Jom kita tengok dan teliti warna juga keadaan permukaan kuku dan penyakit yang selalunya saling berkaitan seperti yang dilaporkan oleh laman WebMD;

1. Kuku putih

Jika warna kuku anda kebanyakannya putih tetapi ditepinya gelap, maka ini boleh menjadi tanda-tanda penyakit hati seperti hepatitis. Masalah hati lain menandakan warna kuku kekuningan.


2. Kuku Pucat

Kuku pucat adalah petanda penyakit seperti anemia, penyakit hati, kekurangan zat makanan, dan kegagalan jantung kongestif.

3. Kuku Kuning

Salah satu tanda biasa ialah apabila kuku kuning jangkitan kulat. Apabila jangkitan menjadi lebih teruk, kemudian menebal dan rapuh. Dalam beberapa kes, kuku kuning menunjukkan penyakit tiroid, paru-paru, kencing manis, atau psoriasis

4. Kuku kebiruan

Kuku kebiruan menunjukkan badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ini boleh menunjukkan jangkitan paru-paru, seperti pneumonia. Beberapa masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku kebiruan.

5. Kuku Beralur

Apabila permukaan kuku yang beralun atau kasar, ia menjadi tanda awal inflammantory psoriasis atau arthritis (radang sendi). Satu lagi perubahan yang biasanya berlaku ialah, kulit di bawah kuku kelihatan merah ke perang.

6. Kuku pecah atau berpecah

Kuku kering dan rapuh sering dipecahkan, tanda penyakit tiroid. Kuku kekuningan yang memecah masuk ke tanda-tanda jangkitan yis.

7. Kuku bengkak dan bengkok

Apabila kulit di sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ia adalah tanda-tanda keradangan lipatan kuku. Gejala-gejala ini boleh berlaku akibat lupus atau kerosakan kepada sambungan rangkaian yang lain. Jangkitan juga boleh menyebabkan kemerahan atau keradangan lipatan kuku.

8. Garis-garis hitam di bawah kuku

Keadaan ini perlu diperiksa secepat mungkin. Garisan menegak berwarna hitam pada kuku boleh menjadi tanda melanoma, sejenis kanser kulit yang paling bahaya.

9. Garis-garis putih dibawah kuku

Garisan putih pada kuku merupakan simptom Muehrcke's Nail (sumber wikipedia) dan ianya dikaitkan dengan kekurangan sumber PROTEIN di dalam badan.

10. Kuku sering menggigit

Kuku menggigit mungkin seperti cagu. Kuku menggigit boleh dikaitkan dengan gangguan psikiatri dan tingkah laku obsesive-kompulsif. Jika simptom berulang, anda perlu segera berjumpa doktor

Ini hanyalah permerhatian kepada sekumpulan kecil pesakit dan bukan semua perubahan warna kuku menunjukkan diagnosis yang tepat. Perubahan kuku juga berlaku kepada semua orang dan tidak semua orang yang berkuku putih mempunyai diabetes. Sekiranya anda bimbang dan memerlukan penjelasan atau diagnosis yang lebih tepat, adalah lebih baik untuk segera berjumpa dermatologis.


Nantikan next entry saya tentang ulasan lanjut tentang kuku saya yang bergarisan putih masa kecik2 dulu... ;)

Posted on 8.10.14 by AyshaZachary

No comments

05/04/2014





Dah bermacam cara yg dilakukan untuk menurunkan berat badan.  Berpuasa, diet karbohidrat, diet protein pun masih tak turun-turun. 

Apakah Penyebabnya??

Ada beberapa faktor yg biasanya dikaitkan dengan keadaan ini.

Pemilihan Pemakanan yang Salah 

Ramai yang beranggapan dengan makan makanan yang sihat, minum susu rendah lemak dan makanan rendah lemak, dapat mengurangkan berat badan mereka. Malangnya makanan dan minuman sihat yg diambil masih tidak membantu (Sila Baca : 10 Makanan untuk Berat Badan Berkesan")

Tekanan 

Tekanan adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan, malahan sesetengah org berfikir dia boleh kehilangan berat badan ketika stress. Itu tidak benar. Apabila seseorang itu tertekan, tahap kortisol dalam badan meningkat  dan menghalang rintangan insulin, mengundang catabolises otot dan meningkatkan penyimpanan lemak.


Masalah tiroid 
masalah tiriod dan pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid. Apabila seseorang mengalami tiroid kurang aktif atau hipotiroidisme, metabolisme mereka munurun. Mereka perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yg lebih tepat. Kebiasaannya, gejala biasa penyakit ini termasuk kulit kering, rambut kusam, sensasi sejuk berterusan dan sering malas.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Jarang Bersenam dan kurang aktiviti fizikal
Walaupun pengambilan makanan seimbang, aktiviti fizikal dan bersenam adalah perlu untuk pembakaran lemak dan keluar melalui usaha berpeluh meningkatkan usaha mengurangkan berat badan. Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat. Jadi berusahalah untuk meningkatkan pengambilan makanan yg mampu meningkatkan metabolisma anda. 


KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Berat tak turun
  • Cara Mudah untuk kawan berat badan
  • Tips untuk turunkan berat 
  • penyebab berat tak turun

Posted on 5.4.14 by AyshaZachary

No comments

01/04/2014

Kulit yang lembut dan anjal  bergantung kepada pengambilan protein yang baik kualitinya, kurang mengambil makanan berprotein juga boleh menyebabkan hormone tidak seimbang dan gangguan pada fungsi sel.

Akibatnya kulit mungkin menjadi berminyak, menggelupas, berbintik perang, berjerawat dan berparut. Protein amat penting untuk mendapatkan kulit yang baik kerana kulit ialah protein. Komponen –komponen utama kulit kita ialah keratin, kolagen dan elastin, yang semuanya terhasil daripada protein.

Kolagen – menyokong  dan memberi bentuk pada kulit. Ia juga mencantumkan sel-sel kulit dan menjadikan kulit lebih tegang dan licin
Keratin – lapisan luaran kulit yang boleh dilihat

Elastin – menegangkan kulit dan membolehkannya meregang dan mengendur seperti gelang getah, apabila bekalan protein rendah, kulit mula mengendur dan merosot kerana kekurangan sokongan kolagen dan elastin. 

Protein - Protein yang baik kualitinya dan mencukupi akan menjadi asas bagi penghasilan kulit yang cantik. Tanpa protein, nutrient-nutrien yang lain tidak dapat memberikan kesan yang baik.


INFO PENTING : PROTEIN MUDAH MUSNAH DLM MASAKAN

Ketahuilah.. sekiranya kita hanya mengharapkan sumber protein dari daging, ikan, telur dan sayuran yg sememangnya mengandungi protein.. hanya sedikit yang dpt diserap bdn kita.. kerana paras protein semakin merosot semenjak dari ianya mula dipetik utk sayuran dan proses penyejuk bekuan utk ikan dan daging... sehinggalah ianya dimasak.. 

ADA CARA YG LEBIH MUDAH... 

Anda boleh mendapatkan sumber protein dari pemakanan yang paling mudah. Hanya dengan bancuh, pelbagaikan resepi dan minum. ESP Protein yg terbaik dari Shaklee.







ESP ---> sumber protein smulajadi tanpa kimia, tanpa pewarna, sumber alam yang mengandungi

ESP ---> ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

ESP ---> mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.

ESP ---> terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.

ESP ---> bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.

ESP ---> bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,

ESP ---> mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)



Posted on 1.4.14 by AyshaZachary

No comments

20/09/2013




Blighted ovum atau kehamilan kosong terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku, sayangnya embrio yg terbentuk gagal berkembang menjadi janin. Embrio yang terbentuk hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac) Uri dan cairan tuban didalam kantung ini, tetapi tidak membentuk janin. Dalam kes begini, hormon b-hCG tetap dikeluarkan, ujian upt menjadi positif, tetapi kehamilan adan berakhir dengan keguguran. Ia dikaitkan dengan masalah hormon yg tidak seimbang. 

Oleh itu, doktor memberikan masa untuk bayi mengikut takdir yg telah ditetapkan. Jika ia 'Blighted Ovum', kehamilan akan berakhir dengan keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat perkara ini berlaku. Melainkan kuasa dariNYA.. 

Blighted ovum merupakan penyebab utama terjadinya keguguran dan 1 daripada 2 kes keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran terjadi ketika kehamilan berakhir dengan sendirinya tidak lebih dari 20 minggu.

Apa penyebab blighted ovum?

Keguguran yang berasal dari blighted ovum kebanyakan berkaitan dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen. Hal ini mungkin disebabkan oleh kualiti sperma atau sel telur yang buruk. Atau mungkin disebabkan oleh pembahagian sel yang abnormal. Sehingga tubuh anda menghentikan kehamilan kerana menyedari keabnormalan ini.

Yang penting untuk difahami, anda tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan keguguran ini dan anda hampir pasti tidak dapat mencegahnya. Pada kebanyakan wanita, blighted ovum hanya terjadi sekali seumur hidup.

Tanda-tanda blighted ovum

Walaupun anda mengalami blighted ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya, anda tidak datang bulan dan hasil ujian kehamilan yang positif. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti:
✹ kejang perut (seperti senggugut)
✹ Pendarahan faraj

✹ Haid yang lebih banyak dari biasa

Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, anda mungkin mengalami keguguran. Namun tidak semua pendarahan pada trimeseter pertama berakhir dengan keguguran. Segera kunjungi doktor jika anda mengalami tanda-tanda tersebut.

Ada juga kes dimana, doktor akan menasihatkan kita utk datang selepas 2-3 minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes dimana janin dapat dikesan baru berkembang. Banyakkan berdoa dan pengambilan supplemen serta makanan berkhasiat adalah perkara terbaik utk dilakukan sebelum proses itu.

Anda inginkan set kesuburan Shaklee... Klik sini.. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan
  • kantung kosong
  • kenapa saya hamil hanya kantung
  • hanya kantung tanpa bayi
  • Blighted Ovum
  • kehamilan kosong


Posted on 20.9.13 by AyshaZachary

No comments

19/06/2013


:: SET KOMBO UTK DEWASA DAN KANAK2 ::

>>> SET KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT <<<
>>> SET NAIKKN BERAT BADAN <<<

>>> SET BELAJAR BERPUASA <<<
>>> SET KECERDASAN OTAK <<<

=============================================
HARGA PROMOSI MASIH BERLANGSUNG SEHINGGA 30 JUNE 2013

Mahukan Lebih Penjimatan??

DAPATKAN PERCUMA 1 CANISTER DENGAN PEMBELIAN 6 CANISTER

Berkongsilah Kebaikan bersama kawan2 dan saudara rapat anda...



6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral'.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan. Boleh dikongsi seisi keluarga.



Sila SMS/WhatsApp for fast reply @ 012-325 2960 (Aysha)

Posted on 19.6.13 by AyshaZachary

No comments

06/06/2013

Morning dearies,

Sempena bulan promosi Meal Shakes sedang berlangsung. Saya ingin memperkenalkan Set 3 GEMS... Yang terdiri dari ESP (Energising Soy Protein), Meal shakes dan Performance Drink. 

Set mighty 3 gem

Terbahagi kepada 3 produk asas yang berperanan untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Orange (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini penting dalam membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.


Amat Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa. Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 6.6.13 by AyshaZachary

No comments

07/05/2013


Kesan regangan atau stretch mark pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin amat membimbangkan kaum wanita termasuk saya. Regangan kulit muncul seperti jalur panjang pada kulit dan selalunya dilihat berwarna putih. Sedikit kenyal dan bergentel-gentel timbul di atas kulit apabila disentuh. Ada juga kesan regangan berwarna agak keunguan atau merah, mengikut jenis ton kulit masing-masing.
Wanita yang mempunyai kulit cerah cenderung mempunyai kesan regangan ketara manakala mereka yang berkulit gelap mempunyai tanda lebih ringan.

Kesan itu bagaikan cela dan menyerupai seakan parut yang sukar dihapuskan dan mampu menurunkan tahap keyakinan diri seseorang wanita itu apatah lagi ketika berdepan dengan suami.

Stretch Mark atau Kesan Regangan ketika hamil memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak tidak melakukan sesuatu dan membiarkan sahaja ia wujud di kawasan tertentu seperti perut, peha dan pinggul kita....
Jom kita lihat faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya stretch mark:-
1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan dan kehilangan berat badan (sedang diet)
2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.
3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.
4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.
5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan
6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang
7. Cara lain untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.
8. Cara terbaik utk mengelakkan dari stretch mark adalah dengan mengamalkan supplemen dan set kehamilan shaklee seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP




Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakan ia kekal selamanya kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Posted on 7.5.13 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular