Kesan regangan atau stretch mark pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin amat membimbangkan kaum wanita termasuk saya. Regangan kulit muncul seperti jalur panjang pada kulit dan selalunya dilihat berwarna putih. Sedikit kenyal dan bergentel-gentel timbul di atas kulit apabila disentuh. Ada juga kesan regangan berwarna agak keunguan atau merah, mengikut jenis ton kulit masing-masing.
Wanita yang mempunyai kulit cerah cenderung mempunyai kesan regangan ketara manakala mereka yang berkulit gelap mempunyai tanda lebih ringan.

Kesan itu bagaikan cela dan menyerupai seakan parut yang sukar dihapuskan dan mampu menurunkan tahap keyakinan diri seseorang wanita itu apatah lagi ketika berdepan dengan suami.

Stretch Mark atau Kesan Regangan ketika hamil memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak tidak melakukan sesuatu dan membiarkan sahaja ia wujud di kawasan tertentu seperti perut, peha dan pinggul kita....
Jom kita lihat faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya stretch mark:-
1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan dan kehilangan berat badan (sedang diet)
2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.
3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.
4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.
5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan
6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang
7. Cara lain untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.
8. Cara terbaik utk mengelakkan dari stretch mark adalah dengan mengamalkan supplemen dan set kehamilan shaklee seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP




Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakan ia kekal selamanya kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)