Ramai yang bertanya kepada saya set bersalin/berpantang manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin?
Bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil, boleh keliru juga nak pikir set bersalin mana satu yang nak dipilih? Lagi bertambah pening bila macam-macam pendapat yang diberikan oleh orang-orang sekeliling dan yang dibaca di internet. Tapi apa-apa pun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada individu juga. Sebab itu lah ada macam-macam set bersalin di pasaran pada masa kini.

Jika anda juga berada dalam situasi ini, cuba pertimbangkan faktor berikut sewaktu membuat pilihan untuk set bersalin :

1. Berapa bajet anda untuk set bersalin saja? 
Ini perlu dipertimbangkan kerana banyak lagi barang lain yang perlu anda siapkan untuk menyambut kelahirang orang baru.

2. Adakah Puan Aysha jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya?
Ada orang tak kisah untuk makan dan minum ubat yang pahit banyak kali. Ada orang pula (contohnya saya sendiri) sekali dua kali boleh la... Kalau sehari 5 kali, alamaaakk tak boleh la... Tak tertelan dek tekak ni

3. Perlu mengikut Situasi dan keadaan kita
Maksud saya, adakah kita perlu berpantang sendiri, tak ada sesiapa melainkan kita, suami yang hanya cuti seminggu atau beberapa hari saja, anak-anak dan bayi yang baru berumur beberapa hari yang perlu kita jaga? Jika berada di situasi ini, saya cadangkan anda mempertimbangkan untuk mencari alternatif untuk set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu puan Aysha kembali  cergas dan kuat selepas bersalin. Tetapi jika anda ada pembantu rumah, ibu, mertua dan saudara mara yang datang menolong, biasanya tiada masalah untuk mendapatkan set bersalin yang memerlukan ia direbus, minum, rebus lagi... dan minum berulang kali atau jamu yang memerlukan anda ambil beberapa kali sehari.

4. Alahan dan alergi kepada ubat 
Bagi sesetengah individu ada yang tidak boleh ambil jamu yang kuat dan panas. Kesan nya mereka akan rasa gatal dan keluar ruam diseluruh badan. Jika anda tergolong diantara individu seperti ini, sebaiknya cuba elakkan jamu tetapi dapatkan set bersalin alternatif seperti set bersalin Shaklee. 

5. Berapa lama anda perlu tinggal di hospital? 
Jika sekiranya selepas bersalin anda perlu tinggal lebih lama di hospital disebabkan oleh keadaan tertentu contohnya bayi perlu ditahan disebabkan oleh masalah dan komplikasi sewaktu bersalin, ini bermakna puan perlu mendapatkan set bersalin yang mudah untuk diambil. Ini sebenarnya terjadi kepada diri saya sendiri sewaktu melahirkan anak pertama. Saya melahirkan seorang baby prem (tidak cukup bulan), bayi saya perlu ditahan di wad NICU selama seminggu. Sebagai seorang ibu tak sampai hati pula rasanya nak balik kerumah dan tinggalkan anak dihospital. Pada waktu itu saya bersyukur kerana telah memilih set bersalin yang mudah untuk diambil, hanya perlu telan dgn air sahaja. Bagi mereka yang berada dalam situasi ini,  ingin saya ingatkan bahawa jika anda perlu tinggal lama dihospital itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil set bersalin seperti biasa. Pengambilan set bersalin sewaktu tempoh berpantang sangat penting untuk membantu anda agar kembali sihat dan kuat - tidak kiralah sama ada anda bersalin normal atau secara pembedahan. Yang penting adalah cuba dapatkan alternatif dan bertukar kepada set bersalin lain jika situasi dan keadaan puan ketika itu tidak mengizinkan puan untuk mengambil ubat atau akar kayu  yang memerlukan ia direbus sebelum boleh diminum. 

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee terdiri dari 4 jenis pil yang mudah dibawa dan diambil bila-bila masa sahaja. 



Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.
Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.



B-Complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)