Jumlah Kalori Dalam Makanan

Berapakah jumlah kalori yang kita ambil setiap hari?

Keperluan kalori utk lelaki dan wanita dewasa dalam sehari? 

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Ibu Menyusukan : lebihkan 500 kalori dari wanita biasa.

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu? 

Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

jika terlebih ambil kalori kena workout untuk burn out kalori yang berlebih tu.

so bagi yang nak kurus dicadangkan utk  ambil 1300-1500 kcalori saja sehari. keperluan lagi 500 tu burn dari sumber lemak2 tepu kat badan.



Jom kita lihat jumlah kalori dalam setiap makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari.



Buah-Buahan

** Ikut sunnah... Ambil buah dahulu sebelum mula makan.... proses pencernaan akan jadi lebih mudah dan kita takkan terdorong utk makan dengan banyak **

  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  • Betik (sepotong) = 45 kalori
  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  • Durian (5 ulas) = 64 kalori
  • Limau (sebiji) = 42 kalori
  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  • Nenas (sepotong) = 59 kalori
  • Epal (sebiji) = 63 kalori
  • Ciku (sebiji) = 44 kalori
  • Mangga (sebiji) = 103 kalori

Menu Sarapan Pagi / Petang
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) = 160 kalori
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Menu Makan Tengah Hari / Malam

  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kaloriI
  • kan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
  • Sayur-sayuran = 20-30 kalori
** Elakkan mengambil kuah santan/masak lemak...memadai ambil isinya sahaja.... **

Minuman (segelas)

  • Air kosong = 0 kalori
  • Teh tarik = 83 kalori
  • Milo ais = 178 kalori
  • Kopi + susu = 143 kalori
  • Nestcafe + susu = 94 kalori
  • Sirap bandung = 150 kalori
  • Air soya biasa = 60 kalori
  • Jus oren = 112 kalori
  • Jus Tembikai = 80 kalori
  • Air Tebu = 184 kalori
  • Air Kelapa = 110 kalori
  • Air berkabonat = 120 kalori
  • Air Kotak = 105 kalori



Jom kita kira-kira jumlah yang biasanya diambil oleh rakyat Malaysia :)

Pukul 8.00 pagi

  • Roti canai (2 keping) = 400 kalori
  • Teh tarik segelas = 83 kalori
  • Jumlah = 483 kalori

Pukul 10.00 pagi

  • Karipap (2 biji) = 260 kalori
  • Jus oren = 112 kalori
  • Jumlah = 372 kalori

Pukul 12.30 tengah hari

  • Nasi putih (sepinggan) = 260 kalori
  • Ayam goreng = 255 kalori
  • Sayur = 30 kalori
  • Buah tembikai = 20 kalori
  • Air kosong = 0 kalori
  • Jumlah = 565 kalori

Pukul 5.00 petang

  • Milo ais (segelas) = 178 kalori
  • Pisang goreng (2 keping) =  340
  • Jumlah = 518 kalori

Pukul 9.00 malam
  • Nasi putih (sepinggan) = 260 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Sayur = 30 kalori
  • Air kosong = 0 kalori
  • Jumlah = 345 kalori

Jumlah keseluruhan kalori yang diambil dalam sehari ialah:

483 + 372 + 565 + 518 + 345 = 2283 kalori


Adakah 2283 kalori sehari sesuai dengan kita?

Nasihat saya, kira dahulu baru makan.... baru la berat badan kita terkawal :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)