Showing posts with label LECITHIN. Show all posts
Showing posts with label LECITHIN. Show all posts

26/07/2015



Hye dearies.. Harini kita nak huraikan lagi tentang pemilihan supplemen pemecah lemak yang semakin mendapat tempat di hati pengguna dan pengamal supplemen Shaklee. 


MAHU KURUS DENGAN OMEGAGUARD ATAU LECITHIN?? ANDA TENTUKAN SENDIRI



Selalunya kita dengar Omega (Fish Oil) sangat bagus untuk perkembangan otak kerana mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA...kan? Pernah dengar tak yang Omega-3 mampu turunkan berat badan yang berlebihan? Macamana Omega-3 ni boleh membantu untuk turunkan berat?

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids.

Setelah mengikuti beberapa kelas produk, apa yang dapat saya rumuskan adalah

LECITHIN - Bertindak mengemulsi (memecahkan) lemak yang masuk bersama makanan dan yang masih baru dan boleh dikategorikan sebagai lemak tidak tepu.

Sementara,

OMEGAGUARD -  Bertindak mengemulsi (memecahkan) lemak yang telah lama wujud diantara otot dan salur darah. DAN Istimewanya OMEGA kerana kehadiran hormon LEPTIN.

Jika anda mendapati Lecithin tidak memberi kesan kepada anda utk menurunkan berat badan, jom sertai saya untuk misi Omega pulak lepas ini!

Ok, Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??
Seperti yang saya nyatakan tadi, omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid.

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormon yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar. Itulah yang membuatkan OMEGA sangat cepat berkesan berbanding LECITHIN.


SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.

Sumber : Livestrong

Jadi, lepas ni sila pastikan anda mengamalkan Omega Guard supaya paras Leptin sentiasa di paras normal. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Apa perbezaan Omega & Lecithin
  • Omega cepat membakar lemak
  • Omega guard ada Leptin 
  • supplemen yang membantu pecah lemak dengan berkesan
  • kurus dengan mudah

Posted on 26.7.15 by AyshaZachary

No comments

13/10/2014


Hye dearies... 

Ramai di luar sana yang mengalami masalah kenaikan berat badan. Kebanyakannya berhajat nak kurus tapi dengan cara yang selamat dan semulajadi. Taknak dah makan pil diet yang ada sibutramine tu. Kesan jangka panjangnya menakutkan dan hanya akan menunjukkan kesan negatif setelah beberapa lama kita berhenti dari mengambilnya. Meh saya nak citer sikit tentang Lecithin. Pengemulsi Lemak yang mampu membakar lemak di dalam badan mahupun dicelah2 otot anda.

Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yg dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Fungsi Utama Lecithin

1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure (tekanan darah tinggi),stroke,heart disease (masalah berkaitan jantung), arteri yg mengecut (kehadiran plak kolesterol di sekelilingnya) 

2.Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan

3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan

4. Lecithin membantu melindungi dan mecegah penyakit berkaitan hati dengan menghalang enapan lemak dihati dan sirosis hati.


5. Lecithin mampu menghalang kejadian batu karang - 90% daru batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi lebihan kolesterol dan menyekat kejadian batu karang.

5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien

6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.

7.Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga  sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat,cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan menghasilkan otot bagi bentuk badan yg cantik.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.



Banyak betul kelebihan Lecithin ni kan. Sambil kita berusaha untuk kekal sihat kita juga dapat kulit yang cantik, rambut yang menawan, ingatan dan memori yang cerdas. Jimat pulak tu, beli satu je supplemen tapi 1001 kebaikan yang kita dapat. 

Cara pengambilan adalah berlainan untuk setiap individu... Ada yang nampak kesan penurunan bila diambil selepas makan. Dan ada juga yang merasa kesan yang lebih cepat bila diambil sebelum makan. Jadi apa yang kita perlu buat hanyalah cuba dan adjust (serasikan) mengikut keperluan tubuh kita. Konsultasi akan diberikan mengikut pada individu. Anda layak untuk menerima konsultasi percuma dari saya sehingga penurunan berat berjaya. Mari bersama saya.... =)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Kepentingan Lecithin untuk lelaki dan wanita
  • Supplemen sihat memecahkan lemak
  • bakar lemak dengan supplemen
  • kulit cantik, rambut sihat dan bentuk badan cantik

Posted on 13.10.14 by AyshaZachary

No comments

05/07/2014

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan membekalkan tenaga utk kita dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari sumber pemakanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah teh pekat yang kurang gula atau kopi tanpa gula dan kumur beberapa saat sebelum makan. Kaedah ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan meningkatkan metabolisma sekaligus meningkatkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat minumkan air segelas, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. AMBIL HIDANGAN BUAH BUAHAN SEBELUM MAKAN dan bukannnya selepas makan. Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum dan dapat menerbitkan rasa kenyang dan anda akan dapat mengurangkan pengambilan portion hidangan utama.

5. ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT (AIR GAS)
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Menurut jurnal New England Journal of  Medicine, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.

6. MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM & BAHAN PERASA
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air di bawah lapisan kulit dan lemak. Mengurangkan pengambilan garam, bahan perasa, fast food dan makanan segera spt maggi bermakna badan anda menyimpan garam yg berupaya menakung air di dalam badan dan di celah2 otot perut, lengan, peha dan punggung anda. Amalkan minum teh detox yg dpt 'flushed out' air dari tubuh anda.

7. KURANGKAN & ELAKKAN MAKANAN YG BERANGIN & SEJUK
Kurangkan makan makanan dan sayuran dari jenis kekacang, sayuran spt  kobis, kobis bunga, brokoli, ubi kentang, ubi keledek, keladi, asparagus, timun dan makanan kaya sulfur seperti telur, daging, kekacang dan kobis bunga adalah makanan yg mereput didlm perut dan melepaskan gas hidrogen sulfide penyebab kita sentiasa berasa berangin dan sering kentut.

8. JANGAN ABAIKAN SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. Sarapan adalah lebih penting dari makan tengahari dan malam.

9. MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, kita akan merasa lebih kenyang walaupun baru memakan separuh dari hidangan. Otak akan menghantar isyarat kenyang selelas 15minit kita mengunyah makanan.

10. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. Nabi Muhammad juga mengamalkan mengunyah 40 kali makanan sebelum menelan.

11. MAKAN DGN KERAP DLM KUANTITI YANG SEDIKIT daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

12. JIKA ANDA TERASA INGIN MAKAN snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

13. KURANGKAN PENGAMBILAN marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

14. APABILA MAKAN DI RESTORAN ATAU GERAI , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

15. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Ambil lebih sayur dan buah buahan dlm hidangan anda.

16. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

17. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

18. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

19. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari jumlah kalori dlm makanan. Dengan mengira pengambilan kalori anda dlm setiap hidangan boleh memberikan pengaruh yg besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, apa yg anda makan dan berapa banyak. Sentiasa improve pengambilan kalori anda dari sehari kesehari. Diari makanan boleh membuatkan anda lebih peka kepada apa yg anda makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

20. LETAKKAN TARGET UTK SIHAT BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

21. MAKAN LEBIH MAKANAN YG DIREBUS, DIKUKUS ATAU GRILL
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

22. GUNAKAN PINGGAN YG LEBIH KECIL UTK MAKAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

23. BANYAKKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja

24. UNTUK PERUT YG LEBIH KEMPIS , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

25. BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. NAK TURUNKAN BERAT BADAN
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina atau Cinch Tea tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut: :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. Pastikan anda mengambil supplemen multivitamin untuk memastikan tubuh anda kekal bertenaga kerana anda pengamalan mknn yg kurang bernutrisi. 

31. MENGURANGKAN BUNCIT 
Bagi lelaki dan wanita yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering Sehingga pagi.

32. MENGEMPISKAN PERUT
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.

WAH MACAM-MACAM CARA NAK KURUS TANPA UBAT..TAPI BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS HANYA UNTUK DAPATKAN BADAN YANG KURUS LANGSING? AGAK SUSAH KAN? LEBIH-LEBIH LAGI KEBANYAKKAN ANTARA KITA BERKERJAYA..MASA UNTUK DIRI SENDIRI PUN KADANG-KADANG TAK ADA. SEBAB ITU RAMAI ANTARA KITA MEMILIH JALAN SINGKAT YANG MUDAH DAN SENANG DI PRAKTIKKAN. JADI SELAMAT MEMILIH,JANGAN TERSALAH PILIH, PILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA DAN JOM CUBA SET SLIMMING DARI SUMBER VITAMIN YG BUKAN SAHAJA MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN MALAH MENYEIMBANGKAN NUTRISI UTK TUBUH ANDA.



Berminat dengan produk Shaklee? Nak beli tapi tiada masa utk berhubung? 

Anda boleh klik link ini untuk terus membeli dengan mudah

1. Set Slim Bajet

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 5.7.14 by AyshaZachary

No comments

19/06/2014

Saya ada menerima beberapa aduan tentang masalah ini iaitu makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan berat badan makin meningkat. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa sahaja.. terutama para wanita yang mengambil berat hal kecantikan tubuh badan. Namun, kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah,

VITAMIN SHAKLEE MENGGEMUKKAN!!!???
Adakah itu benar?? Itu adalah tidak benar sama sekali...

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori.. (kerana kalori adalah penyebab kegemukan. Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-
(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata“Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah terang & nyata dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.

Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedarinya kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah mentekedarah beliau.

Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur. Sebab dah ada Shaklee yg boleh membantu 100%. Sedangkan supplemen Shaklee membantu tubuh utk detox dan membakar lemak jika disusuli dengan aktiviti-aktiviti riadah.

Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila ubah cara hidup anda.
Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya ia  adalah normal.
OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..
Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.

Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI
(4) Jgn kurangkan atau stop terus aktiviti riadah anda
Mengambil vitamin perlu pengetahuan tentangnya. Kami menawarkan khidmat itu.. ;)


Berminat dengan produk Shaklee? Nak beli tapi tiada masa utk berhubung? 

Anda boleh klik link ini untuk terus membeli dengan mudah

1. Set Slim Bajet

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 19.6.14 by AyshaZachary

No comments

05/04/2014





Dah bermacam cara yg dilakukan untuk menurunkan berat badan.  Berpuasa, diet karbohidrat, diet protein pun masih tak turun-turun. 

Apakah Penyebabnya??

Ada beberapa faktor yg biasanya dikaitkan dengan keadaan ini.

Pemilihan Pemakanan yang Salah 

Ramai yang beranggapan dengan makan makanan yang sihat, minum susu rendah lemak dan makanan rendah lemak, dapat mengurangkan berat badan mereka. Malangnya makanan dan minuman sihat yg diambil masih tidak membantu (Sila Baca : 10 Makanan untuk Berat Badan Berkesan")

Tekanan 

Tekanan adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan, malahan sesetengah org berfikir dia boleh kehilangan berat badan ketika stress. Itu tidak benar. Apabila seseorang itu tertekan, tahap kortisol dalam badan meningkat  dan menghalang rintangan insulin, mengundang catabolises otot dan meningkatkan penyimpanan lemak.


Masalah tiroid 
masalah tiriod dan pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid. Apabila seseorang mengalami tiroid kurang aktif atau hipotiroidisme, metabolisme mereka munurun. Mereka perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yg lebih tepat. Kebiasaannya, gejala biasa penyakit ini termasuk kulit kering, rambut kusam, sensasi sejuk berterusan dan sering malas.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Jarang Bersenam dan kurang aktiviti fizikal
Walaupun pengambilan makanan seimbang, aktiviti fizikal dan bersenam adalah perlu untuk pembakaran lemak dan keluar melalui usaha berpeluh meningkatkan usaha mengurangkan berat badan. Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat. Jadi berusahalah untuk meningkatkan pengambilan makanan yg mampu meningkatkan metabolisma anda. 


KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Berat tak turun
  • Cara Mudah untuk kawan berat badan
  • Tips untuk turunkan berat 
  • penyebab berat tak turun

Posted on 5.4.14 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular