Setiap kali Gaza diserang pasti Isu Boikot Produk ISRAEL pun dibangkitkan. Dan dah beberapa kali juga kita diseru supaya boikot produk2 US yang terbabit memberi sumbangan untuk menyokong ISRAEL. Ini sangat bagus kerana rakyat Malaysia sememangnya prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. 


Macam saya sendiri memang dah lama boikot Mcdonald. Apatah lagi bila terpandang macam2 poster Clown Mcdonald memakan daging & darah seperti simbolik memakan darah & daging rakyat Palestin. Sedih dan marah!! 


Tapi saya masih dpt melihat ramai orang Islam dan bukan Islam menikmati hidangan McDonald tanpa rasa bersalah. Agaknya susah nak boikot. Sedap burger McD tu kan? Dahla tak berkhasiat. Bahan utk memproses makanan haiwan pun ada digunakan untuk menjadikan daging burger yang sangat FINE itu.

Sampai la ke Isu Shaklee Sokong ISRAEL. Tapi betul ke Shaklee support kewangan Israel @ Yahudi ni ek? 

Saya ambil contoh terdekat.. di Malaysia, ada sebuah kilang arak yang terbesar. Besar tauu!! Apakah di sebabkan kilangnya berada di Malaysia, bermaksud bahawa semua penduduk di Malaysia menyokong kehadiran kilang tersebut di Malaysia?

Sudah tentu TIDAK bukan.

Begitu juga dengan penduduk USA.
Apakah di sebabkan kebanyakan produk USA menyokong kekejaman zionis, kita bagi PUKUL RATA dan menuduh bahawa semua orang USA menyokong zionis?
Tak Adil kan??
Bukan semua org menyokong zionis. Dan bukan semua produk USA menyumbang kpd zionis.
Sebab itu perlu ada ilmu, syarikat mana yg menyumbang utk zionis. Kaji sebelum melabelkan. Mengadili biar telus. Agar kita tidak jatuh memfitnah.

Kita pun tentu tak suka, kalau org kata KITA sebenarnya rakyat Malaysia yg menyokong dan menyumbang kpd kilang Carslberg di Malaysia, betul?

Orite. Berbalik pada isu Shaklee = Israel, dah beberapa kali jugalah isu ni naik. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar bagaimana isu ni boleh timbul. Shaklee ni adalah produk nutrisi yang sangat bagus dan telah lama berada di pasaran. Walaupun ada segelintir yang menaiikn bahu tanda tidak tahu akan kewujudan Shaklee ni.. Tapi bila kes Support Menyupport ni timbul.. Eh.. ramai pulak yg dah kenal. Sampai jiran rumah yang memandang saya kehulu kehilir dan Green Bag Shaklee pun bertandang ke rumah bertanya dan akhirnya  berminat dan membawa pulang Set Slimming Shaklee... hihi.. Inilah yang Mentor saya ajarkan tentang Tukarkan 'Cabaran kepada Peluang'!



Sebenarnya SID -  Shaklee Independent Distributor itu sendiri yang bertanggungjawab menggunakan wang bonus yang dia dpt setiap bulan untuk menyalurkan sumbangan kepada KIC. Dan disini bererti, BUKAN Syarikat Shaklee Corporation yang mengeluarkan dana untuk Zionist.  Bermakna besar juga bonus yang ditawarkan Shaklee pada setiap SID nya yang rajin berusaha. Mulia juga hati dia kan. Walaupun kemuliaan dia tu menyumbang kepada kemusnahan. 

Apa pula sumbangan kita dah bagi untuk Umat Islam Palestin yang dah ternyata teraniaya, terseksa disana?? Malah ramai yang telah syahid! Malunya  saya pada penyumbang KIC tu.. Kita sepatutnya membuat perkara yang sama, dengan menyumbang kepada tabung Palestin juga. Kita dok la sibuk hal dia menyumbang pada Israel. Tapi kita?? RM1 pun belum kita sumbangkan untuk membantu saudara seislam kita. Kita gemar menjadi 'KeyBoard Warrior' dan sangat cepat menghukum tanpa kita selidiki hal yg sebenar. Baca tajuk saja, kita dah gelabah tanpa usul periksa. 

Allah takkan tanya apakah kita dah berjaya selamatkan GAZA, tapi Allah tanya apa sumbangan kita pada GAZA? Biarpun hanya 10sen ia mampu menghalang kita dari dipersoalkan di akhirat kelak.

Nak menyumbang ke Gaza?? Boleh..

Transfer paling minimum RM1 ke Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad

Sumbangan boleh disalurkan kpd:

Maybank: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)

RHB: 26-2120-0000-4747 Muslim Care

Muamalat: 14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank islam: 14014010147470 Muslim Care Malaysia

Untuk makluman Muslim Care ini terus daripada Yayasan Amal Malaysia, dan pihaknya hanya mengambil sangat sedikit peruntukan untuk sukarelawannya, semua terus sampai kepada Gaza. 

Dan saya juga telah mengambil Inisiatif.. setiap pesanan dan pembelian produk Shaklee dari saya, akan saya sumbangkan RM1 daripadanya.

Jom kita sama-sama Membeli sambil Menderma. Saya akan publish di Blog... setelah transaction utk derma berjaya saya kumpul.

Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Pautan berkaitan :
  • Shaklee support Israel
  • Membeli sambil menderma utk Palestin Gaza
  • bagaimana untuk menderma
  • Shaklee tidak pernah menyokong Israel