Diet tidak
bermakna anda terpaksa gantikan makanan tengahari anda dengan makanan bayi.
Atau hanya makan sayur-sayuran sepanjang hari. Apatah lagi berlapar saban hari
hanya untuk mendapat berat badan ideal. Diet yang bijak ialah anda mengubah dan
memperbaiki tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat. Berikut adalah beberapa
langkah mudah yang boleh anda amalkan untuk perbaiki diet anda:
1. KUDAP
KEKACANG
Kekacang
mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang penting untuk tubuh manusia. Ia
baik untuk tubuh kerana kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 untuk membantu membaiki
kerosakan sel. Amalkan memakan sekurang-kurangnya 2 sudu makan kekacang seperti
kuaci bunga matahari, biji labu, bijan, flaxseed dan sebagainya setiap hari.
Masukkan ke dalam hidangan sup dan gulai atau taburkan atas hidangan salad
sayuran/ buahan anda.
2. ELAKKAN
LEMAK 'JAHAT'
Makanan yang
kaya dengan lemak tepu atau trans-lemak akan memberi tekanan kepada hati dan
jantung anda, serta menaikkan paras kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu
datang dari sumber haiwan, maka elakkan mengambil mentega dari minyak sapi.
Kurangkan pengambilan daging merah dan pilih keju atau susu rendah lemak. Trans-lemak
pula adalah lemak yang terhasil dari proses menggoreng. Baca label makanan dan
elakkan 'lemak tumbuhan hydrogenated' kerana ia juga adalah sejenis
trans-lemak.
3. KUNYAH
MAKANAN DENGAN BAIK
Sebelum badan
menghadam, makanan perlu dikisar permukaan makanan supaya dapat diserap dengan
baik oleh perut. Sekiranya makanan tidak dikisar sempurna, enzim dalam perut
dan usus tidak dapat bertindak ke atas keseluruhan permukaan makanan seterusnya
proses penyerapan nutrien makanan akan terganggu. Makan perlahan-lahan, kunyah
dengan baik sebanyak 10-30 kali sebelum menelan.
4. BIARKAN KULIT
Kulit kentang mengandungi 4 kali
lebih zat besi dan 2 kali lebih kalsium. 28% vitamin C pada tomato hilang
sekiranya kulit dikupas. Buah epal mengandungi boron yang penting untuk pembinaan
tulang, yang terletak kebanyakannya pada bahagian kulit. Makan potongan buah
atau sayuran anda dengan kulitnya sekali. Jangan lupa cuci terlebih dahulu
bahagian kulit tersebut untuk membuang racun serangga yang mungkin masih melekat.
5. TAMBAH REMPAH SEBAGAI PERASA
Rempah dan
herba boleh menambah rasa pada makanan, seterusnya membantu anda mengurangkan
garam dan lemak sebagai perasa. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan
mineral seperti daun saderi yang kaya dengan vitamin K dan cili yang kaya
dengan Vitamin C. Sesetengah herba seperti cili juga boleh meningkatkan dua
kali ganda pengambilan antioksidan anda hanya dengan menambah setengah sudu
makan ke dalam hidangan harian anda.
6. MASAK GUNA ALAT 'STAINLESS
STEEL'
Vitamin dalam
sayuran akan hilang apabila direbus dalam air. Sebab itu penggunaan ketuhar
gelombang mikro atau pengukus adalah lebih baik kerana air kurang digunakan dan
kebanyakan nutrien dapat dikekalkan. Jika anda gemar menggunakan dapur gas,
cuba gunakan periuk dan kuali tahan karat (stainless steel) kerana ia
dapat mengurangkan kehilangan vitamin ketika memasak.
7. JANGAN 'MASAK' VITAMIN DALAM
SAYUR ANDA
Potassium
dalam kentang hanya tinggal 50% manakala falcarinol dalam lobak (penting untuk
mengelak kanser) hanya tinggal 25% apabila dimasak sepenuhnya. Mencincang atau
memotong sayuran kecil2 sebelum dimasak pula meningkatkan luas permukaan,
menyebabkan lebih banyak nutrien dibuang ketika proses memasak. Cuba amalkan
cara masakan yang lebih menyihatkan dengan hanya mencelur atau merebus separuh
masak sayuran yang tidak dipotong atau dicincang halus.
8. MULA DAN AKHIRKAN HIDANGAN
DENGAN RASA PAHIT
Hirup sedikit
teh hijau tanpa gula atau makan hidangan pembuka yang berempah atau ambil
ulaman sebelum makan. Rasa pahit akan merangsang bahagian belakang lidah,
menyebabkan enzim penghadaman mula dihasilkan dalam perut anda, seterusnya
menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.
9. MAKAN SAYUR SETIAP HARI
Pastikan menu harian anda mengandungi semangkuk hidangan
sayur salad. Ia adalah cara mudah untuk meningkatkan pengambilan folate yang penting bagi tubuh badan anda untuk mengekalkan
kesihatan saraf anda. Sayur salad juga kaya dengan vitamin B6 yang bersifat
antioksidan, vitamin C dan E. Jika anda tidak gemar memakan sayur salad mentah,
ambillah sup sayuran yang kaya dengan khasiat sebelum makan tengahari atau
malam. Makanlah sekurang-kurangnya sepinggan sayur-sayuran setiap hari atau
cuba juga makan hidangan nasi kerabu yang digaul penuh dengan sayuran dan herba
tempatan yang menghijau.
10. LAYUR SAYUR BERDAUN HIJAU
TANPA MENGGUNAKAN MINYAK
Tubuh badan menyerap zat besi daripada sayur berdaun hijau
dengan lebih mudah jika ia dimasak terutamanya apabila dilayur tanpa
menggunakan minyak. Bahan anti-oksidan yang diketahui anti kanser seperti
Beta-karotena (ditemui dalam sayuran berwarna oren seperti labu dan lobak) dan
Lycopene (ditemui dalam sayuran berwarna merah seperti tomato) juga mudah
diserap apabila dimasak berbanding dimakan secara mentah.
11.KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING
DAN GARAM
Penyelidik
dari Jepun telah mendapati orang yang makan banyak daging dan garam akan
menghasilkan lebih kalsium dalam peluh mereka. Lama kelamaan kehilangan kalsium
ini akan melemahkan tulang. Anda boleh mencuba diet vegetarian sekali sekala
bagi menggantikan pengambilan daging dan makanan laut.
12.NIKMATI
BAWANG PUTIH
Bawang putih
adalah kaya dengan allicin yang boleh membunuh bakteria. Ujian makmal
menunjukkan allicin membunuh kuman dan berkesan sebagai antibiotik semulajadi.
Kajian terkini juga mendedahkan makan bawang putih adalah lebih berkesan
daripada mengambil ekstraknya sahaja. Seulas bawang putih yang dimasak di dalam
hidangan harian adalah mencukupi untuk membantu tubuh melawan selsema.
13. PILIH BUAH
TEMPATAN SEBAGAI SNEK
Kajian ke atas
sekumpulan wanita yang sering keletihan menunjukkan pengambilan semangkuk
buah-buahan segar setiap hari boleh mengembalikan tenaga sehingga 60%. Ini
kerana buah-buahan mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga segera.
Kehilangan vitamin C dalam buah-buahan bermula sebaik sahaja ia dipetik. Oleh itu,
buah-buahan tempatan wajar menjadi pilihan berbanding buah-buahan yang diimport
yang mengambil masa selama berhari-hari sehingga berbulan-bulan sebelum sampai
dihidang di meja makan anda.
14. MAKAN
LEBIH HIDANGAN BERENZIM TINGGI
Tahukah anda
80% daripada reseptor imuniti terletak di dalam perut. Oleh sebab itu, sistem
penghadaman yang sihat adalah sangat penting untuk menggalakkan ketahanan tubuh
badan. Enzim membantu dalam proses memecahkan makan yang dimakan. Makanan yang
berenzim tinggi seperti kacang, betik dan nenas membantu proses kimia
penghadaman.
15. CUBA JUS
ALOE VERA KETIKA STRESS
Jus aloe vera
merangsang tubuh menghasilkan sel darah putih yang berfungsi melawan jangkitan
bakteria dan virus. Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu kesihatan
kelenjar adrenal dan membantu ketika stress.
16. KURANGKAN GULA
Makan dan minum 100 gram gula sehari boleh mengurangkan 40%
kemampuan sel darah putih membunuh kuman. Kesan kekurangan pertahanan tubuh
badan akan berlaku seawal 30 minit selepas pengambilan gula dan berterusan
sehingga 5 jam lamanya.
Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~
EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Atau follow blog saya =)
0 comments:
Post a Comment
Email address :
Nick Name :