Showing posts with label KESUBURAN SUAMI ISTERI. Show all posts
Showing posts with label KESUBURAN SUAMI ISTERI. Show all posts

10/06/2014

COq10 juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrient larut lemak yang penting dalam penhasilan tenaga di dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, penemuan kaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr. Peter D Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat anugerah Nobel di atas penemuan tersebut.

CoQ10 boleh ditemui di setiap sel pada tubuh manusia dan juga pada sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardin dan soya. Sel Badan menggunakan CoQ10 ini bagi menhasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum kerana ovum juga adalah sejenis sel. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yg mengawal sel daripada molekul radikal bebas.

Kajian tentang kaitan CoQ10 dengan kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh pakar penyelidik dan pada tahun 2009 hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula berjaya diperkenalkan. 

Kebanyakan wanita zaman sekarang berkahwin lambat atau sentiasa sibuk sehingga cenderung mengalami tekanan sehinggakan tidak mampu hamil kerana mempunyai masalah berkaitan dengan reproduksi. Ada juga wanita yang mengalami kemandulan sekunder iaitu tidak berjaya hamil walaupun setelah mempunyai seorang anak. Dan doktor juga tidak menggalakkan kita utk hamil ketika sudah melepasi 38 tahun kerana bimbang kita tidak dapat melahirkan bayi yg sihat kerana bimbang telur yg dihasilkan tidak berkualiti. Kebanyakan dari kita juga dimomokkan dengan kelahiran anak2 'Down Syndrome' sekiranya hamil lewat usia. Terkini Banyak jurnal-jurnal telah diterbitkan hasil dari kajian penyelidik tentang kaitan CoQ10 dan penghasilan telur-telur yg sihat dan berkualiti hasil pengamalan supplemen ini. Dan ianya adalah berita baik utk wanita yg kerap keguguran kerana CoQ10 mampu memastikan telur dan sperma yg dihasilkan amat berkualiti dan dapat menjamin kehamilan yang sihat. 

Terkini, banyak jurnal-jurnal perubatan telah diterbitkan berkaitan dengan CoQ10 utk kesuburan lelaki dan wanita. Antaranya..






Ia juga memberikan faedah yang terbaik juga utk kaum lelaki.. Saya akan kupas tentang CoQ10 dan kesuburan lelaki dalam entry yang seterusnya..

Jangan ketinggalan.. ;)
CoQ Health plus merupakan produk yg masih baru dan testimoni dari pengamal dari luar negara.. yang mempunyai masalah dalam kesuburan.







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • wanita berusia dan ingin hamil
  • vitamin untuk wanita 35 tahun dan ke atas yang merancang ingin hamil
  • Pentingnya COQ untuk wanita berusia
  • anda kahwin lewat dan ingin hamil 

Posted on 10.6.14 by AyshaZachary

No comments

23/10/2013

Koenzim Q10 atau CoQ10, adalah penemuan kepada nutrisi penting di dalam mitokondria semua sel-sel, yang menjelaskan mengapa ia juga dikenali sebagai ubiquinone, ia adalah ubiquitous (berada di mana-mana) di dalam badan. Mitokondria adalah sumber pengeluar tenaga untuk sel dan CoQ10 adalah penting untuk menghasilkan adenosina trifosfat atau ATP, yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran Protein. Penghasilan CoQ10 berkurangan..Seiring dengan peningkatan umur kerana faktor umur dan kajian menunjukkan bahawa mengambil CoQ10 sebagai supplemen tambahan memberi manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan pada lelaki dan mungkin, pada wanita.

Mengapa perlukan CoQ10 untuk kesuburan?

Menurut "Biochemical, Physiological and Molecular Aspects of Human Nutrition," jantung, otak dan hati memerlukan bekalan tenaga yang maksimum untuk berfungsi dengan baik seterusnya memerlukan jumlah CoQ10 paling tinggi, namun organ-organ pembiakan juga memerlukannya. Badan menghasilkan paling banyak CoQ10 pada usia 21 secara puratanya, iaitu pada tahap manusia paling subur. 

Menurut "Human Biochemistry and Disease," kesuburan mungkin berkait rapat dengan tahap CoQ10 kerana telur wanita bergantung kepada mitokondria yang kaya dengan coQ10 untuk bekalan tenaga sel mereka, tenaga ini semakin berkurangan selari dengan faktor umur. Sebahagian besar dari sel-sel sperma juga diperbuat daripada protein dan bergantung kepada CoQ10 untuk sintesis. CoQ10 juga merupakan antioksidan yang kuat dan mungkin dapat melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif dan toksik.



CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita

Dalam wanita, proses mengekalkan telur, ovulating dan membangunkan embrio memerlukan tenaga banyak dan berkualiti. Ia boleh dipengaruhi dengan kandungan CoQ10 dalam sel telur. Satu kajian telah dijalankan ke atas tikus dan disiarkan dalam edisi 2009 "Fertility and Sterility." 



Melalui kajian dari Kanada, tikus betina tua diberi CoQ10 dan lain-lain makanan tambahan yang merangsang pengeluaran mitokondria dan kualiti telur mereka telah diukur terhadap kumpulan plasebo. Para penyelidik dari Pusat Toronto bagi Teknologi Reproduktif mendapati bahawa suplemen CoQ10 meningkatkan kuantiti dan kualiti telur ovulated dalam kumpulan ujian. Bagaimanapun, bahawa hasil kajian haiwan mungkin tidak sama kepada manusia.



CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kesan CoQ10 pada kesuburan lelaki juga telah dibuat kajian. Satu kajian Iran telah diterbitkan dalam edisi 2009 "The Journal of Urology" dan mengkaji kesan 300mg dos harian  CoQ10 kepada lelaki yang mempunyai masalah kemandulan. Selepas enam bulan diberi suplemen CoQ10, penyelidik membuat kesimpulan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam kedua-dua pergerakan dan kepadatan sel-sel sperma. 

Satu kajian Itali telah diterbitkan dalam edisi 2009 "Fertility and Sterility" dan meneliti kesan daripada 200mg dos harian  CoQ10 kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Para penyelidik mendapati bahawa selepas enam bulan daripada suplemen CoQ10, kandungan air mani dan sel-sel sperma telah meningkat. Selain itu, pergerakan sel-sel sperma didapati meningkat, terutamanya dalam orang-orang yang mempunyai kandungan CoQ10 yang rendah pada awalnya.

sumber : http://yourhealthybody.jillianmichaels.com/coenzyme-q10-fertility-3523.html

Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. Produk yg diperbaharui dengan Vitamin E dan Green Tea utk kesihatan dan kecantikan kulit supaya menepati keperluan lelaki dan wanita masa kini. Berminat nak tau lebih lanjut.. bole hubungi saya... =)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan
  • supplemen utk  kesuburan
  • saya atau suami tidak subur
  • masalah kesuburan
  • CoQ10 meningkatkan kesuburan secara semulajadi

Posted on 23.10.13 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular