16/01/2013


Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Testimoni Puan N,

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu




Lagi Testimoni GLA Complex Ke atas pengguna lelaki yg mengalami eczema di sekitar badan..




Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)



Posted on 16.1.13 by AyshaZachary

No comments

Simptom ketidakseimbangan hormon
Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Sukar hamil
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut
Bagaimanakah ketidakseimbangan hormon terjadi?
Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. Sebarang perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Justeru, pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan / menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen, hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.

Fakta Berkenaan Estrogen:
  • Merupakan hormon kewanitaan yang dirembes oleh ovari. Akan tetapi, sebahagian kecilnya juga disimpan dalam sel lemak.
  • Merupakan hormon yang mengawal kitaran haid.
  • Memainkan peranan penting dalam perkembangan seks.
  • Membantu menyediakan rahim untuk kehamilan.
  • Mempengaruhi sel tubuh.
  • Arasnya menurun dengan peningkatan umur.
  • Membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan serangan sakit jantung.
  • Memperbaiki kulit, mengurangkan kekeringan faraj dan awet muda.
Kunci di dalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron, di mana penghasilan progesteron menjadi semakin sangat berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. Kekurangan progesteron berbanding estrogen ini menyebabkan berbagai masalah berlaku. Bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan lelaki juga. Ini kerana hormon progesteron dan estrogen juga penting di dalam kesihatan kaum lelaki.

Bagi wanita yang sudah menghampiri menopause dan telah menopause... Menurut Dr. John Lee melalui bukunya
 'What Your Doctor May Not Tell You About Menopause', di antara gejala-gejala dominan estrogen atau hormon tidak seimbang ini ialah seperti:
1. Alergi termasuk asma, ruam, resdung
2. Kekeringan serviks
3. Sejuk kaki dan tangan akibat lemah fungsi tiroid
4. Berkurangan libido (keinginan seksual)
5. Kemurungan beserta kebimbangan
6. Kekeringan mata
7. Mendapat haid lebih cepat
8. Kegemukan di bahagian perut, paha dan punggung
9. Keletihan
10. Daya tumpuan menjadi kurang
11. Keguguran rambut
12. Sakit kepala
13. Kitaran haid tidak teratur
14. Insomnia
15. Perasaan tidak menentu
16. Osteoporosis
17. Kadar metabolisme rendah
18. Fibroid uterin dan bermacam-macam lagi

Melalui pengalaman saya meng'konsultasi' beberapa kenalan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Ada sesetengah mereka pernah  mengamalkn EPO utk masalah hormon tidak seimbang. Tetapi, tahukah anda, GLA (Gamma Linoleic Acid) Complex Shaklee lebih menyeluruh fungsinya berbanding EPO. Klik Sini Untuk maklumat lanjut tentang GLA Complex.


Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~



EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Posted on 16.1.13 by AyshaZachary

No comments

14/01/2013


Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.



Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
 * Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
 * Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
 * Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
* Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*




Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Posted on 14.1.13 by AyshaZachary

No comments

13/01/2013

Biasanya kawan2 diluar sana sibuk mencari produk untuk merampingkan dan menurunkan berat badan.. Tidak bagi saya..... dulu... sebelum berkahwin saya memang dikategorikan sebagai seorang yang kurus tapi saya beruntung kerana masih ada bentuk badan. Tapi sebenarnya du luar sana ramai juga yang mengalami masalah kurang berat badan or terlalu kurus..Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambahkan berat badan atau mencapai berat badan yang ideal.Apa yang anda perlukan? Secara basicnya memadai Vitalea, B Complex dan Meal Shake!



Ada apa dengan Mealshakes, VitaLea dan B Complex


  1. Mealshakes

    Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD. protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..


  2. VitaLea
Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.Klik Sini untuk maklumat lanjut.

    3. B Complex

 B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


* jadual pemakanan untuk program penambahan berat Eksklusif untuk anda jika membeli dari saya *

antara tips yang menaikan berat badan :


1. Workout.

Kenapa perlu workout? Bukan nak kurus je kena workout.. kalau nak nak naikkan berat pun kena Workout. Workout penting dalam membina dan membentuk otot – otot badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, pembinaan dan pembentukan  otot adalah sangat penting. Workout ni tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkatberat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn mkn junk food dan ikut jadual ekslusif dari saya selama sebulan.

2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout,  anda perlu banyak mengambil makanan berprotein untuk memantapkan otot – otot yang telah anda bina itu. Semasa proses menaikan berat badan, banyakkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. Protin y
ang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.

Ramai mereka diluar sana yang kurus, cuba utk menaikkan berat badan mereka dgn cara yang salah. Mengambil makanan yang berlemak semata – mata tidak akan membantu malah makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan jangka panjang. Contoh : Kolesterol dalam darah... yang boleh menyebabkan kegagalan jantung.... huhu... bahaya kan??

Jadi kalau anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian (Ekslusif utk Pelanggan istimewa saya ). Ramai yang sudah berjaya... Anda bila lagi???



Testimoni Salah seorang Customer


Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Posted on 13.1.13 by AyshaZachary

No comments

09/01/2013

Salam sayang buat ibu-ibu yang baru melahirkan..

Mendapat perkhabaran dari doktor bahawa bayi anda mengalami G6PD  Deficiency mungkin mengundang sedikit kebimbangan dan kekeliruan. Apabila menghadapi situasi begini..banyakkanlah mencari info tentang masalah/penyakit yang dihidapi bayi dan dapatkan bantuan daripada mereka yang arif terutamanya doktor.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalahVitalea+Bcomplex+Vitamin C+Ostematrix 





JOM KITA BERKENALAN DENGAN G6PD



APA ITU G6PD ?

( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.

Fungsinya.
la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:
1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
*   Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
*   Ubat gegat.
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
*   Minyak gosok.
*   Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.

SILA PASTIKAN 

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 

  •    Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  •       Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  •       Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
  •      Demam dan pucat.  


Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ?
 Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit   keturunana    atau berjangkit.

Ubat - ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD.

Antimalaria.
Chloroquine.
Hydroxychloroquine.
Primaquine.
Pamaquine.
Pentaquine.
Quinine.
Mapacrine.
Antirheumatik / Analgesik.
Phenacetin.
Aminopyrine.
Acetylsalicytic acid.
Antlpyrine.
Probenecid.
Acetalinid.

Antibakteria


Chlorophenicol
Cotnimoxazole
Furazolidine
Nalidixic acid
Nitrofurantoin
P. Aminosalicylic Acid
Sulphonamide
Sulphanilamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypyridazine
Sulphathizole
Sulphamerazine

Lain-lain

Choramine
Dapsone
Dimercaprol
Antisine
       Napthalene (ubat Gegat)
Phenythydrazine
Benadryl
Tripelennamide
Procainamide
P. Aminobenzoic Acid
SS Cream
Fava beans
Vitamin K Analoques
Pyrimidone
Pyribeneamine
       Mathylene blue

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 9.1.13 by AyshaZachary

No comments

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 

Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti dibincangkan dalam 'Jaundis Neonat' boleh berlaku.

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.
S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis.
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD.

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan
1.    Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.
2.    Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan. (Apendiks)
3.    Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital?
Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari.

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Tidak ada halangan bayi yang kurang G6PD menjadi orang dewasa yang sihat jika mereka tidak terdedah kepada ubat-ubat oksidan yang tercatit dalam apendiks 4.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut
Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd.
Primaquine
Chloroquine
Quinine
Sulfanilamide
Sulphacetamide
Sulphapyridine
Sulphamethoxazole (Bactrim)
Dapsone
Nitrofurantoin
Ciprofloxacin
Methylene Blue
Nalidixic Acid
Napthalene ( Moth balls)/ Ubat gegat *

Avoid all Chinese and Malay medications

*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 9.1.13 by AyshaZachary

No comments

06/01/2013

Semua inginkn body yg cantik, otot yang firm dan tidak menggeleber, lemak di badan memang harus disingkirkan. Di samping mengamalkan supplemen2 utk diet dan pengurusan berat badan. Saya ada few tips yg boleh dikongsikan untuk anda yg sedang dalam proses menyingkirkan lemak sekaligus mengurangkn berat badan.

ELAKKAN

  • Makanan berlemak memang wajib dielakkan contohnya : Ikan/ayam goreng, roti canai, Mee goreng mamak, Char Kuey Tiow, any kari, masak lemak (apa2 je mskn yg menggunakan santan)
  • Ambil mknn yg direbus je mcm sup2, singgang, ikan bakar, asam pedas dan masakan stim. 
  • Elakkn makanan yg berasaskn keju spt cheese cake, cheese tart (unless low fat).
  • Makanan dan minuman yg manis macam susu pekat manis, no butter, no margarine, whipped cream.. (cake, durian crepe, roti krim)
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat tinggi (spt nasi, mee, bihun, roti, biskut, ubi, kuih muih)
  • Kurangkn makan snek ringan dan cuba tukarkn snek kepada buah2an yg tggi serat.

TIPS TAMBAHAN

  1. Selepas bangun tidur, sblm gosok gigi biasakn minum air masak 1 Mug, kerana enzim yg terdapat di dalam mulut semasa tidur amat bagus utk sistem percernaan dan detoksifikasi (penyingkiran toksin). 
  2. Amalkan minum air masak 1 mug setiap kali sebelum dan setengah jam selepas makan. Supaya kita tidak akan terlalu lapar ketika waktu makan samaada mkn tengahari atau mkn malam. 
  3. Ambil 1/2 cawan nasi sehari, lebihkn portion sayur dan ikan/ayam. Sayur satu senduk hanya ada 0-20 kalori tapi nasi sesenduk ada 70 kalori. Memakan sayur juga akan mmbuatkan kita kenyang lebih lama, sbb sayur memerlukan masa utk dihadamkan. So lama stay dlm perut kita.
  4. Dalam sehari kita hanya memerlukan kira-kira 1500kcal kalori utk menurunkan berat badan. 
  5. Ambil supplemen yg dapat mencairkan lemak seperti Lecithin & Omega Guard Shaklee.
  6. Amalkn meminum teh hijau atau Herblax atau Alfalfa Complex yg dapat memaksimum proses detoks (nyahtoksin) semasa kita tidur. Yang bestnye proses perkumuhan akan jadi sangat lancar keesokkan paginya. Tubuh akan rasa lebih ringan, mulut dan badan berbau wangi dan kulit terasa sangat lembap dan bersih. 
Disini, saya sertakan senarai makanan yg menyamai 1500kcal kalori dalam sehari :-


Untuk menjayakan program diet anda, menjaga pemakanan sahaja adalah tidak memadai. Jadi cubalah lakukan exercise 3X seminggu spt parking kereta jauh sikit dari ofis, naik tangga instead of naik lift atau escalator dan mengikuti kelas senamrobik di Gym. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan dpt dijadikan panduan untuk kekal sihat dan bertenaga.



Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 6.1.13 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular