27/07/2014

Hari raya dan makan memang amat sinonim. Bermula saja hari raya pertama bermula lah juga tradisi ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Ketika musim raya inilah, juadah yang paling wajib adalah rendang, kuah lodeh, kurma ayam dan pelbagai lagi juadah yang berkolesterol tinggi. Bila dah beraya takkan kita sebagai tetamu nak tengok je kan.. tanpa menjamah.. bimbang tuan rumah kecil hati.  Kita yang baru saja men'detox' diri ketika di bulan Ramadan... kini bermula semula mengisi bermacam jenis kalori, lemak dan bahan perasa ke dalam tubuh. 

Bukan tidak boleh langsung kita makan dan menjamah makanan sebegitu, ia haruslah dimulakan secara berperingkat supaya tubuh kita tidak terkejut dan menunjukkan simptom tidak kita ingini seperti sakit dada, kerap sesak nafas, badan rasa lemah, kerap kebas2 kaki dan tangan, tidur yang sering terganggu kerana ketidakselesaan ketika bernafas akibat peningkatan penggunaan fungsi jantung. Dan tahukah anda, semua symptom sesetengah dari kita rasakan itu adalah peringkat permulaan kepada penyakit tekanan darah tinggi, jantung dan kerosakan hati jika dibiarkan tanpa pengamalan supplemen dan tanpa rawatan lanjut.

Sebagai peringkat berjaga-jaga, apa yang saya dan suami akan amalkan adalah mengambil 1-2 biji Phytocol-ST kerana ia mampu menghalang penyerapan kolesterol ketika makanan masih berada di dalam usus lagi dan ia juga berfungsi dalam  \merendahkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh.

Produk Phytocol ST diformulasikan daripada campuran Phytosterols, yang didapati secara semulajadi dalam tumbuh tumbuhan, buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Klik sini utk info lanjut tentang Phytocol ST


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan

  • simptom sakit jantung
  • kolesterol tinggi 
  • supplemen untuk kolesterol
  • halang kolesterol secara semulajadi

Posted on 27.7.14 by AyshaZachary

No comments

Shaklee telah memperkenalkan produk terbaru iaitu PHYTOCOL-ST. PHYTOCOL-ST diperkaya dengan FITOSTEROL untuk mengatasi masalah kolesterol secara semulajadi. Lebih 80 kajian telah membuktikan dengan menghalang penyerapan kolesterol dalam darah, fitosterol dapat membantu menurunkan paras kolesterol LDL.



Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.PHYTOCOL-ST diperbuat daripada adunan mantap FITOSTEROL. 1 botol mengandungi 120 tablet PHYTOCOL-ST.



PHYTOCOL-ST membekalkan 2,000mg fitosterol sehari dan ia adalah mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Untuk memperoleh 2,000mg fitosterol pertimbangkan dahulu makanan-makanan ini perlu anda ambil setiap hari kerana Phytocol-ST sendiri mengandungi
~ 200 batang lobak merah
~ 70 keping roti gandum
~ 425 biji tomato


Persoalannya, mampukah kita makan sebanyak ini setiap hari? Sudah tentu tidak bukan? Jadi, cara mudah untuk mendapatkan 2,000mg Fitosterol ialah dengan mengambil PHYTOCOL-ST setiap hari.

PHYTOCOL-ST disyorkan kepada;
- mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi
- pesakit darah  tinggi
- ingin menurunkan berat badan



Ia juga amat disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Dan anda yang ingin mendapatkanya segera, anda boleh klik link di bawah dan memesan secara online dengan menggunakan kaedah bayaran juga secara online.


Atau anda boleh juga menghubungi saya seperti pada nombor yg tertera di bawah untuk maklumat lanjut dan konsultasi ekslusif.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan
  • supplemen utk  kolesterol
  • supplemen utk elak strok
  • mengelakkan strok, sakit jantung secara semulajadi







Posted on 27.7.14 by AyshaZachary

No comments

12/07/2014

Setiap kali Gaza diserang pasti Isu Boikot Produk ISRAEL pun dibangkitkan. Dan dah beberapa kali juga kita diseru supaya boikot produk2 US yang terbabit memberi sumbangan untuk menyokong ISRAEL. Ini sangat bagus kerana rakyat Malaysia sememangnya prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. 


Macam saya sendiri memang dah lama boikot Mcdonald. Apatah lagi bila terpandang macam2 poster Clown Mcdonald memakan daging & darah seperti simbolik memakan darah & daging rakyat Palestin. Sedih dan marah!! 


Tapi saya masih dpt melihat ramai orang Islam dan bukan Islam menikmati hidangan McDonald tanpa rasa bersalah. Agaknya susah nak boikot. Sedap burger McD tu kan? Dahla tak berkhasiat. Bahan utk memproses makanan haiwan pun ada digunakan untuk menjadikan daging burger yang sangat FINE itu.

Sampai la ke Isu Shaklee Sokong ISRAEL. Tapi betul ke Shaklee support kewangan Israel @ Yahudi ni ek? 

Saya ambil contoh terdekat.. di Malaysia, ada sebuah kilang arak yang terbesar. Besar tauu!! Apakah di sebabkan kilangnya berada di Malaysia, bermaksud bahawa semua penduduk di Malaysia menyokong kehadiran kilang tersebut di Malaysia?

Sudah tentu TIDAK bukan.

Begitu juga dengan penduduk USA.
Apakah di sebabkan kebanyakan produk USA menyokong kekejaman zionis, kita bagi PUKUL RATA dan menuduh bahawa semua orang USA menyokong zionis?
Tak Adil kan??
Bukan semua org menyokong zionis. Dan bukan semua produk USA menyumbang kpd zionis.
Sebab itu perlu ada ilmu, syarikat mana yg menyumbang utk zionis. Kaji sebelum melabelkan. Mengadili biar telus. Agar kita tidak jatuh memfitnah.

Kita pun tentu tak suka, kalau org kata KITA sebenarnya rakyat Malaysia yg menyokong dan menyumbang kpd kilang Carslberg di Malaysia, betul?

Orite. Berbalik pada isu Shaklee = Israel, dah beberapa kali jugalah isu ni naik. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar bagaimana isu ni boleh timbul. Shaklee ni adalah produk nutrisi yang sangat bagus dan telah lama berada di pasaran. Walaupun ada segelintir yang menaiikn bahu tanda tidak tahu akan kewujudan Shaklee ni.. Tapi bila kes Support Menyupport ni timbul.. Eh.. ramai pulak yg dah kenal. Sampai jiran rumah yang memandang saya kehulu kehilir dan Green Bag Shaklee pun bertandang ke rumah bertanya dan akhirnya  berminat dan membawa pulang Set Slimming Shaklee... hihi.. Inilah yang Mentor saya ajarkan tentang Tukarkan 'Cabaran kepada Peluang'!



Sebenarnya SID -  Shaklee Independent Distributor itu sendiri yang bertanggungjawab menggunakan wang bonus yang dia dpt setiap bulan untuk menyalurkan sumbangan kepada KIC. Dan disini bererti, BUKAN Syarikat Shaklee Corporation yang mengeluarkan dana untuk Zionist.  Bermakna besar juga bonus yang ditawarkan Shaklee pada setiap SID nya yang rajin berusaha. Mulia juga hati dia kan. Walaupun kemuliaan dia tu menyumbang kepada kemusnahan. 

Apa pula sumbangan kita dah bagi untuk Umat Islam Palestin yang dah ternyata teraniaya, terseksa disana?? Malah ramai yang telah syahid! Malunya  saya pada penyumbang KIC tu.. Kita sepatutnya membuat perkara yang sama, dengan menyumbang kepada tabung Palestin juga. Kita dok la sibuk hal dia menyumbang pada Israel. Tapi kita?? RM1 pun belum kita sumbangkan untuk membantu saudara seislam kita. Kita gemar menjadi 'KeyBoard Warrior' dan sangat cepat menghukum tanpa kita selidiki hal yg sebenar. Baca tajuk saja, kita dah gelabah tanpa usul periksa. 

Allah takkan tanya apakah kita dah berjaya selamatkan GAZA, tapi Allah tanya apa sumbangan kita pada GAZA? Biarpun hanya 10sen ia mampu menghalang kita dari dipersoalkan di akhirat kelak.

Nak menyumbang ke Gaza?? Boleh..

Transfer paling minimum RM1 ke Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad

Sumbangan boleh disalurkan kpd:

Maybank: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)

RHB: 26-2120-0000-4747 Muslim Care

Muamalat: 14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank islam: 14014010147470 Muslim Care Malaysia

Untuk makluman Muslim Care ini terus daripada Yayasan Amal Malaysia, dan pihaknya hanya mengambil sangat sedikit peruntukan untuk sukarelawannya, semua terus sampai kepada Gaza. 

Dan saya juga telah mengambil Inisiatif.. setiap pesanan dan pembelian produk Shaklee dari saya, akan saya sumbangkan RM1 daripadanya.

Jom kita sama-sama Membeli sambil Menderma. Saya akan publish di Blog... setelah transaction utk derma berjaya saya kumpul.

Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Pautan berkaitan :
  • Shaklee support Israel
  • Membeli sambil menderma utk Palestin Gaza
  • bagaimana untuk menderma
  • Shaklee tidak pernah menyokong Israel


Posted on 12.7.14 by AyshaZachary

No comments

05/07/2014

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan membekalkan tenaga utk kita dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari sumber pemakanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah teh pekat yang kurang gula atau kopi tanpa gula dan kumur beberapa saat sebelum makan. Kaedah ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan meningkatkan metabolisma sekaligus meningkatkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat minumkan air segelas, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. AMBIL HIDANGAN BUAH BUAHAN SEBELUM MAKAN dan bukannnya selepas makan. Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum dan dapat menerbitkan rasa kenyang dan anda akan dapat mengurangkan pengambilan portion hidangan utama.

5. ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT (AIR GAS)
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Menurut jurnal New England Journal of  Medicine, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.

6. MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM & BAHAN PERASA
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air di bawah lapisan kulit dan lemak. Mengurangkan pengambilan garam, bahan perasa, fast food dan makanan segera spt maggi bermakna badan anda menyimpan garam yg berupaya menakung air di dalam badan dan di celah2 otot perut, lengan, peha dan punggung anda. Amalkan minum teh detox yg dpt 'flushed out' air dari tubuh anda.

7. KURANGKAN & ELAKKAN MAKANAN YG BERANGIN & SEJUK
Kurangkan makan makanan dan sayuran dari jenis kekacang, sayuran spt  kobis, kobis bunga, brokoli, ubi kentang, ubi keledek, keladi, asparagus, timun dan makanan kaya sulfur seperti telur, daging, kekacang dan kobis bunga adalah makanan yg mereput didlm perut dan melepaskan gas hidrogen sulfide penyebab kita sentiasa berasa berangin dan sering kentut.

8. JANGAN ABAIKAN SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. Sarapan adalah lebih penting dari makan tengahari dan malam.

9. MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, kita akan merasa lebih kenyang walaupun baru memakan separuh dari hidangan. Otak akan menghantar isyarat kenyang selelas 15minit kita mengunyah makanan.

10. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. Nabi Muhammad juga mengamalkan mengunyah 40 kali makanan sebelum menelan.

11. MAKAN DGN KERAP DLM KUANTITI YANG SEDIKIT daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

12. JIKA ANDA TERASA INGIN MAKAN snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

13. KURANGKAN PENGAMBILAN marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

14. APABILA MAKAN DI RESTORAN ATAU GERAI , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

15. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Ambil lebih sayur dan buah buahan dlm hidangan anda.

16. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

17. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

18. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

19. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari jumlah kalori dlm makanan. Dengan mengira pengambilan kalori anda dlm setiap hidangan boleh memberikan pengaruh yg besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, apa yg anda makan dan berapa banyak. Sentiasa improve pengambilan kalori anda dari sehari kesehari. Diari makanan boleh membuatkan anda lebih peka kepada apa yg anda makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

20. LETAKKAN TARGET UTK SIHAT BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

21. MAKAN LEBIH MAKANAN YG DIREBUS, DIKUKUS ATAU GRILL
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

22. GUNAKAN PINGGAN YG LEBIH KECIL UTK MAKAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

23. BANYAKKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja

24. UNTUK PERUT YG LEBIH KEMPIS , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

25. BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. NAK TURUNKAN BERAT BADAN
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina atau Cinch Tea tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut: :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. Pastikan anda mengambil supplemen multivitamin untuk memastikan tubuh anda kekal bertenaga kerana anda pengamalan mknn yg kurang bernutrisi. 

31. MENGURANGKAN BUNCIT 
Bagi lelaki dan wanita yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering Sehingga pagi.

32. MENGEMPISKAN PERUT
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.

WAH MACAM-MACAM CARA NAK KURUS TANPA UBAT..TAPI BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS HANYA UNTUK DAPATKAN BADAN YANG KURUS LANGSING? AGAK SUSAH KAN? LEBIH-LEBIH LAGI KEBANYAKKAN ANTARA KITA BERKERJAYA..MASA UNTUK DIRI SENDIRI PUN KADANG-KADANG TAK ADA. SEBAB ITU RAMAI ANTARA KITA MEMILIH JALAN SINGKAT YANG MUDAH DAN SENANG DI PRAKTIKKAN. JADI SELAMAT MEMILIH,JANGAN TERSALAH PILIH, PILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA DAN JOM CUBA SET SLIMMING DARI SUMBER VITAMIN YG BUKAN SAHAJA MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN MALAH MENYEIMBANGKAN NUTRISI UTK TUBUH ANDA.



Berminat dengan produk Shaklee? Nak beli tapi tiada masa utk berhubung? 

Anda boleh klik link ini untuk terus membeli dengan mudah

1. Set Slim Bajet

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 5.7.14 by AyshaZachary

No comments

04/07/2014


 
Panduan penting untuk ibu2 hamil yang pernah melalui situasi ini tahu betapa peritnya jika buasir muncul ketika hamil, malah jika tidak dirawat akan menjadi berlarutan selepas proses kelahiran yang memerlukan kita utk push atau meneran. Ada kes yang buasirnya terkeluar dan berdarah semasa berpantang.. sakit di bahagian jahitan lagi.. Pedih di bahagian buasir lagi... memang seriau..

Kenyataannya.. memang ramai mengalami situasi ini malah ibu hamil lebih berisiko, anak dara tidak terkecuali, org lelaki pun ramai juga… ada yg dah bertahun2 menderita, ketulan daging ada yg sebesar kismis,berbunga lima,ada yg sudah sebesar ibu jari… huhu.. ngeri membayangkannya... macam2 cerita melalui pengalaman kawan2 di forum, ada yg berdarah memancut2 keluar(buasir dalaman), ada yg bila menqadakan hajat… menangis2..meluangkan berjam2 bahkan berhari2 keluar masuk toilet tp tak selesai juga… Tuhan saja tahu betapa perit dan seksanya sakit semasa proses itu dan selepasnya diikuti rasa2 berdenyut2 dan perasaan tidak selesa serta stress yg berpanjangan dan tidak mustahil simptom kemurungan muncul bila memikirkan keadaan bila ke toilet lagi. 

Rupanya semasa kita hamil pun peratus utk kita menghidap buasir adalah tinggi. ketika hamil iaitu ketika tempoh kehamilan memasuki trimester ke-3, berat badan ibuhamil akan meningkat seiring dengan pembesaran bayi dalam kandungan. Peningkatan berat badan ini akan menyebabkan tekanan kepada bahagian dalaman rektum bertambah besar seterusnya menyebabkan pembengkakan saluran darah pada rektum. Kesan ini akan membawa kepada buasir.

Selain daripada itu, buasir juga disebabkan daripada sembelit. Najis yang keras akan menyebabkan rektum bekerja keras ketika proses mengeluarkannya. Kerja keras ini membawa kepada pembengkakan pada hujung rektum @ hujung dubur.

Antara Faktor dan Punca yang menyebabkan terjadinya buasir adalah;

  • Keturunan
  • Tabiat pemakanan yang kurang elok.
  • Kurang minum air.
  • Mengabaikan pengambilan zat tambahan atau supplemen.
  • Kurang bersenam.
  • Sembelit atau cirit birit.
  • Mengangkat benda berat.
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk atau mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Hamil
  • Bersalin

Bagaimana untuk atasi buasir ketika hamil?

Cara yang mudah dan berkesan adalah dengan membuat mandian sitz (sitz bath).Cara melakukan mandian sitz mudah sahaja.

Pertama sekali anda kena masukkan air suam kedalam baldi. Kemudian boleh tambahkan sedikit garam kedalam air suam berkenaan sebagai fungsi antibakteria.

Selepas itu anda perlu letakkn baldi kecil itu didalm mangkuk tandas supaya anda boleh duduk diatasnya dengan mendedahkan dubur anda kepada wap air suam yang keluar dari
air suam berkenaan.

Biarkan bahagian dubur anda terdedah pada wap air suam berkenaan selama 10 minit hingga 15minit.

Selain daripada mandian sitz, untuk mengelakkan buasir anda juga boleh melakukan tips dibawah ini:

1) Makan makanan yang tinggi fiber (serat) seperti roti gandum penuh, beras perang, buah-
    buahan dan sayuran. 

2) Elakkan makanan yang pedas dan berempah.

3) Minum air sebanyak mungkin sekurang2nya 8 gelas sehari. 

4) Jangan lengahkan masa untuk ke toilet. Seeloknya jadikan rutin diwaktu pagi.


5) Ambil supplemen utk melegakan sembelit dan melegakan bengkak dan luka buasir.

Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

  • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti sakit ketika proses mengeluarkan najis atau najis keluar bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc complex berupaya menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? 

Anda berminat untuk membeli set ini dengan cara mudah?? Sila KLIK di 

SET BUASIR

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan :
  • Cara mengelakkan buasir ketika hamil
  • supplemen utk buasir
  • bagaimana melegakan luka & buasir
  • cara atasi buasir


Posted on 4.7.14 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular