Showing posts with label SET KEHAMILAN TRIMESTER I & II. Show all posts
Showing posts with label SET KEHAMILAN TRIMESTER I & II. Show all posts

05/10/2014

Eh.. period lewat 2 minggu..... dari minggu lepas badan saya rasa pelik.. tekak rasa mual...badan rasa letih yang amat sangat... rasa mengantuk mmg x boleh ditahan2..... ikut pengalaman saya kalau period saya menjelma walaupun lewat seminggu... selesai semua rasa tu.... Tapi... kalau period saya tak muncul2..... mknanya ada janin yg sudah melekat pada rahim saya......Saya Mengandung!! Walaupun anak yg keempat.... (yg ketiga keguguran kerana mabuk teruk dan langsung x ambil apa2 supplemen) Sgt happy dan bersyukur atas rezeki dariNya...Waktu2 begini... selain dari tanda2 yg saya sebut tadi....saya memang x lalu nak makan..... breast rasa penuh dan sakit....Asik rasa nk demam jer.... badan rasa sakit2.... tilam dan bantal la peneman saya.... huhuhu... sedeyyy kn??

Dah la tak lalu nk makan.... ape je yg masuk... pasti akan terkeluar balik.... yang boleh masuk hanya lah air putih, biskut kering atau biskut marie je la.. Mana la badan nk bertenaga.... 

Sampai la sepupu saya datang dan bercerita tentang Set Mengandung Shaklee (masa ni x kenal shaklee lagi)... walau pun pening2 lalat masa tu... saya cuba juga dengar.... disebabkn dah x larat nk tanggung morning and afternoon sickness ni... saya mula date dgn Mr Google mencari info dan dimana nak beli set mengandung tu... 


Lepas seminggu amalkn alhamdulillah... alahan saya semakin berkurangan.... Keletihan melampau mula reda...... kurang rasa mual dan muntah.....sgt happy dan syukur saya panjatkn kerana selepas tiga kali hamil dan tiga kali menanggung alahan... akhirnya saya mampu rasa lebih sihat tanpa alahan yg teruk...


Apa yg saya ambil?? Atas pengalaman sendiri dan pencarian maklumat mendalam dgn Mr google.... saya dapat simpulkn...


  • Ketika hamil, pemakanan seimbang dan pengambilan nutrisi amat dititik beratkan. Bukan saja kerana nasihat doktor, tapi atas kesedaran ibu itu sendiri. Kerana itu Set Mengandung Shaklee merupakan set yg amat laris. Ibu hamil pasti mahukan dirinya sentiasa sihat, bertenaga dan pastinya mahukan yg terbaik utk bayi yg dikandung.
  • Pengambilan Set Mengandung Shaklee mampu membantu sekiranya ada antara ibu yg mengalami alahan pada saat2 awal kehamilan.

Kajian menunjukkan, setiap 1 dari 3 wanita yg mengambil pyridoxine berjaya mengatasi morning sickness yg dialami.

Apa itu Pyridoxine?

Pyridoxine ini sebenarnya ialah satu komponen vitamin B, yg dikenali sbg B6

Cara utk mendpt kebaikan OPTIMUM dari Pyridoxine :

Manfaat optimum apabila diambil bersama asid folic (B9, Niacin (B3) dan Cobalamine (B12) *terdapat di dlm supplemen Vitalea *


Set Mengandung yg saya ambil pada Trimester pertama..



Dan pada trimester kedua dan ketiga.... 




ESP 

Rendah lemak, bukan GMO 
Protein biologi lengkap yg mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.

[ Tahukah Anda?? :: Protein Juga Penting utk Ibu Mengandung ]


* Protein juga terdapat di dlm daging... tetapi doktor tidak menggalakkn kita ambil terlalu banyak daging... tambahan pula protein haiwan tidak baik jika diambil dengan kerap*


Badan kita terdiri drp sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk pula sistem..


sel --> tisu --> organ --> sistem (",)


Utk ibu2 hamil, nutrien ini penting utk perkembangan sel-sel baru bayi. Pecahan keperluan protein mengikut trimester :-

♥ trimester satu :: 10 gram diperlukan utk keseluruhan trimester
♥ trimester dua :: 10 gram diperlukan pd setiap minggu
♥ trimester tiga :: 10 gram diperlukan pd setiap hari

Sel yg sihat amat penting utk membantu penyerapan semua nutrien. tak kira la nutrien itu diperoleh secara langsung drp makanan ataupun suplemen harian anda 


  • OsteMatrix (calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. 

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

  • Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Minyak ikan sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan bagi ibu-ibu yang mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil, pengambilan omega mampu menurunkan tekanan darah tinggi. 

Minyak ikan membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan dileher atau sakit kepala.

  • Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

Bagi wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum berlakunya kehamilan dan sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

  • Vitamin C - 1 biji sehari


1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Vitamin C membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Melindungi sel kolagen semulajadi dalam badan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Vitamin C juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Memulihkan sakit gigi dan gusi berdarah yg sering dialami ibu hamil. 

Ianya juga membantu dalam penghadaman zat dan menguatkan sistem pertahanan tubuh ibu hamil

  • Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari


Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Dan yg bestnyer... saya teruskan pengambilan set mengandung ini sehingga selepas melahirkan..... Badan saya rasa cergas dan luka perinium cepat pulih dgn pengambilan supplemen tambahan Zinc Complex. (klik utk info). Saya terus jatuh cinta dan berkongsi kebaikannya dgn kwn2 dan saudara mara..

Baru-baru ini saya ditanya ramai ibu-ibu hamil yang mengalami dehidrasi (kekeringan) sehingga mereka terpaksa ditahan wad dan diberi IV drip utk menggantikan cairan di dalam badan. Bayangkan, masuk sahaja air masak... pasti termuntah semula... kalau minum air manis.... takut kena deabetic pulak kan.... nak makan pun  tiada selera.. takut termuntah lagi pun ya kan.... Saya cadangkan ibu-ibu untuk mengamalkan minuman Performance Drink ni.. rasa pun sedap... rasa oren... memang melegakan dan memberi tenaga.


Saya juga ada mempelbagaikan penyediaan Performance drink ni supaya saya dapat menikmatinya setiap waktu. Saya jadikannya sbg aiskrim malaysia dan makan apabila rasa haus dan panas. Ianya sgt melegakan dan percayalah anda juga pasti akan suka pasa rasanya. Saya boleh berikan resepinya kepada pembaca blog dan pelanggan yang inginkannya.  





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • Set Mengandung Shaklee
  • Vitamin penting untuk wanita hamil
  • Cara untuk mengatasi alahan mengandung
  • Penawar mabuk hamil

Posted on 5.10.14 by AyshaZachary

No comments

02/10/2014

hye dearies... harini saya nak share tentang kelebihan set hamil kepada ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Jika pada zaman mak-mak kita dahulu apa sahaja yang kita makan masih lagi dapat kita rasakan kesan positifnya pada diri kita. Tetapi dengan peredaran zaman yang serba canggih, penggunaan pengawet, racun perosak utk sayuran dan buah2an serta lambakan makanan2 segera membuatkan kita sangat sulit utk mendapatkan nutrisi-nutrisi penting untuk tubuh apatah lagi ianya amat penting untuk ibu-ibu yang hamil. 

Shaklee sangat mengambil berat soal keperluan nutrisi dan kesihatan menyediakan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri dari vitamin-vitamin yang sangat diperlukan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Adakalanya seseorang ibu hamil itu juga tidak dapat memenuhi keperluan zat-zat yg diperlukan kerana komplikasi yang dialami semasa hamil samaada mabuk hamil (morning sickness), kencing manis darah tinggi, Hb yang rendah, mudah jatuh sakit dan sebagainya. 

Set Kehamilan Shaklee juga terbahagi kepada 3 kumpulan yang sesuai utk peringkat kehamilan trimester I,II dan III. 

Jom kita tengok kelebihan vitamin-vitamin yang terdapat didalam set kehamilan yang bakal anda miliki ini... ;)




Vitalea with Iron Formula

♥ Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) kerana iron sangat penting bagi ibu hamil terutama jika ibu ada masalah anemia (rendah HB) dan menyebabkan ibu mudah pening dan pitam. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
♥ Ia membantu proses tumbesaran yang normal untuk bayi dalam kandungan.
♥ Vita-Lea adalah multivitamin dimana ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.

B-Complex

♥ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
♥ Asid folik juga sangat penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
♥Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
♥ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vit C/Chewable Vita C

♥ Dapat memelihara tubuh daripada jangkitan dan meningkatkan imuniti tubuh
♥ Utk kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang
♥ membantu mengurangkan kesan kehadiran stretch mark ketika hamil.
♥ Membantu pertumbuhan dan penggantian tisu baharu dan menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (meningkatkan daya tahan ibu melawan penyakit kerana ketika hamil daya tahan tubuh terhadap penyakit amat rendah)
♥ membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematix (Kalsium)

♥ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
♥ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
♥ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
♥ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
♥ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
♥ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
♥ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
♥ Kekurangan kalsium, boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
♥ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
♥ Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu dan dapat memberikan tenaga ketika meneran sewaktu bersalin.

ESP (Protein)

♥Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
♥ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
♥ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
♥ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
♥ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
♥ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
♥ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
♥ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

OmegaGuard (omega 3)

♥ Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak.
♥ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
♥ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan juga membantu badan ibu naik secara melampau.
♥ Pengambilan Omega guard juga membantu mencantikkan kulit anda
Ibu hamil sihat dan cergas, bayi dalam kandungan pun sihat dan cergas juga.. Supplement daripada Shaklee ini sungguh ISTIMEWA kerana semasa berpantang dan menyusukan anak pun masih boleh digunakan.. kerana bayi-bayi yang lahir sekarang amat berpotensi dijangkiti 'demam kuning' dan doktor juga manasihatkan agar ibu tidak mengamalkan jamu kerana jamu bersifat panas dan mampu meningkatkan tahap bilirubin didalam hempudu bayi. Tetapi tidak pada vitamin-vitamin Shaklee dan ianya selamat dan berkesan diamalkan oleh ibu-ibu berpantang demi memastikan tubuh kembali pulih dan kekal cergas sepanjang tempoh berpantang. Klik sini untuk lebih info set berpantang dan kelebihannya berbanding menggunakan jamu.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Pautan berkaitan 
  • set mengandung
  • set hamil trimester I,II & III
  • ibu hamil cergas
  • elakkan anemia ketika hamil dengan set hamil shaklee

Posted on 2.10.14 by AyshaZachary

No comments

01/10/2014

Assalamualaikum dearies dan salam sejahtera..


Semalam sewaktu saya mengkonsultasi seorang customer lama saya yang merancang untuk hamil lagi selepas anak lelaki sulungnya berumur 7 tahun dan saya mencadangkan beliau utk mengambil set kesuburan Shaklee. Setelah siap bercerita tentang cara pengambilan. Dia ada menyebut yang dia sangat berhajat untuk mendapatkan bayi perempuan. Saya katakan padanya saya bersedia berkongsi tips bagaimana caranya untuk mendapatkan bayi perempuan. Saya dapat tips ni dari Dr. Hamid Arshad dan alhamdulillah amat berkesan pada saya. Saya tidaklah meletakkan 100% kepercayaan kepada method tersebut dan saya percaya itu juga adalah ketentuan dari yg Esa. Saya cuma berikhtiar dan faham tentang kaitan Sains dan Agama.

Secara ringkasnya, Benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Proses ketika pertemuan antara benih dan telur itulah yang akan menentukan samaada – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan) yang akan terhasil. Ciri-ciri utama benih benih Y ianya lebih cergas dan mampu bergerak pantas tetapi lebih cepat mati kerana jangka hayatnya yang tidak lama berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi mampu hidup lebih lama. kesimpulannya Benih Y adalah lebih 'TAHAN' sifatnya jika dibandingkan dengan benih X.



Kaedah yang saya lakukan untuk mendapatkan bayi lelaki 

adalah memulakan proses pada hari 13-15 selepas suci dari haid kerana waktu itu adalah hari subur dan ovum mula keluar dari tiub fallopio. Sebelum bersama saya akan mencuci faraj dengan kaedah douching (alat yg ada dijual difarmasi dan mampu menyalurkan cecair sehingga kebahagian dalam faraj) dan cecair berkarbonat ( anda boleh tanya farmasi, ada jual) atau anda boleh menggunakan bancuhan 1 sudu teh penuh soda bikarbonat dengan 250ml air bersih 


Kenapa? Kerana Kromosom Y lebih tahan lama didalam faraj yang keadaan beralkali ini kerana sifat asal rahim adalah berasid dan kromosom Y yg dibawa oleh lelaki TAK TAHAN Asid! Ini mampu membuatkan benih lelaki mampu berenang lebih lama dan dapat bertemu dengan OVUM.

Sebagai tambahan ketika proses perancangan sedang berlangsung digalakkan suami dan isteri banyak mengambil makanan yang tinggi alkali dan berprotein tinggi seperti mengambil supplemen Alfalfa Complex, bawang putih, daging kambing, tauhu, susu kacang soya, pisang dan ambil lebih sayur-sayuran spt Pasli, Brokoli, saderi, Bawang Putih, Barli Rumput.

Manakala untuk mendapatkan bayi perempuan 

adalah mencuci faraj dengan kaedah douching juga tetapi dengan cecair yang berasid seperti lactacyde feminine hygiene yang boleh didapati di farmasi.

Kenapa? Kerana kromosom X gemar pada keadaan berasid dan mampu berenang lebih cepat dan Y tidak tahan berada pada persekitaran yang berasid menyebabkan X tidak tahan lama dan cepat mati. Jadi dapatlah benih Y bertemu dengan OVUM dan bersenyawa. 

Ketika proses ini berlangsung suami dan isteri digalakkan untuk mengambil makanan yg tinggi asid seperti ikan, ayam, daging, tuna, sardin, asam jeruk, nenas dan mangga.

Semoga tips yang sudah saya cuba dan menunjukkan hasilnya akan juga berhasil utk dearies ya..

Jangan lupa dapatkan set kehamilan trimester 1,2 dan 3 ya untuk memastikan kehamilan yang sihat dan bebas dari komplikasi. Serta dapat memastikan si ibu kekal sihat dan bertenaga sepanjang proses kehamilan.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Pautan berkaitan 
  • cara dapatkan anak lelaki dan perempuan
  • kaedah merancang jantina bayi
  • tips subur dan merancang jantina
  • kelebihan alfalfa complex 

Posted on 1.10.14 by AyshaZachary

No comments

10/09/2013

Memang kita boleh lakukan sendiri UPT test, tapi ada juga kes bila dilakukan test sendiri resultnya negatif. Mungkin ketika itu hormon HCG di dalam badan masih belum tinggi dan masih dalam peringkat persenyawaan. Namun tidak ada salahnya mengetahui beberapa tanda-tanda yang kita hamil supaya dapat mempersiapkan diri lebih baik dalam menjaga kandungan.

  • Payudara membesar, menegang dan sensitif.
 Ini lah tanda yg paling awal dapat dirasakan dan ianya disebabkan pengeluaran hormon esterogen dan progesteron meningkat. Keadaan payudara juga terasa semakin lembut dan juga timbul rasa sensitif yang lebih tinggi daripada biasanya sehingga akan terasa sakit atau sakit bila dipegang. Puting susu ikut membesar dan warnanya makin gelap dan kadang-kadang akan terasa gatal. Urat lebih mudah kelihatan kerana payudara menegang dan adanya aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen) dimana hormon tersebut dihasilkan untuk peghasilan susu Ibu ketika sedang hamil

  • Mual dan Muntah
Kebanyakan wanita yang hamil akan merasa mual dan juga ingin muntah yang disebabkan peningkatan hormon HCG (Human chorionic gonadotrophin) secara tiba-tiba pada aliran darah dan juga pada saluran air kencing. Peningkatan hormon tersebut dapat mengakibatkan kesan pedih pada lapisan perut yang menimbulkan rasa mual, namun rasa mual ini akan hilang apabila kehamilan memasuki trimester kedua.

  • Kerap Lapar dan gemarkan manisan
Rasa ingin makan yang tinggi dan kerap lapar serta gemarkan makanan manis adalah yg biasa terjadi pada peringkat awal kehamilan. 

  • Kerap kencing (buang air kecil)
Wanita hamil akan menjadi lebih kerap buang air kecil dari biasa yang disebabkan pundi kencing tertekan oleh janin yang tumbuh dan juga peningkatan peredaran darah. Keinginan untuk buang air kecil lebih kerap kerana pundi kencing lebih cepat dipenuhi urine hasil peningkatan hormon kehamilan.

  • Pusing - sakit kepala
Wanita hamil akan selalu rasa pening dan juga sakit kepala yang diakibatkan oleh faktor fizikal iaitu keletihan, lapar, tekanan darah. Dan boleh juga diakibat secara emosional kerana perasaan tegang dan tertekan.

  • Rasa letih dan mengantuk yang berlebihan
Rasa letih dan juga sering mengantuk terjadi kerana perubahan hormon dan berlaku akibat penggunaan dan fungsi beberapa organ utama meningkat seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru. Ianya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin selain untuk keperluan diri sendiri, selain itu usia kehamilan yang terus bertambah membuat perut semakin membesar dan berat badan yang semakin meningkat dan menyumbang kepada keletihan.

  • Susah buang air besar (Sembelit)
Apabila hormon progesterone meningkat ia mengendurkan otot-otot rahim dan juga otot dinding usus sekaligus menyebabkan kesukaran membuang air besar. Namun ketika ini penyerapan nutrisi dari pemakanan dan pengambilan supplemen adalah lebih baik. Pada ketika ini pengambilan kalsium amat penting kerana ia akan diserap dgn lebih mudah dan ada ibu2 yang dapat merasakn lebih mudah membuang air besar.

  • Kerap rasa ingin meludah
Perubahan hormon estrogen juga mengakibatkan kelenjar air liur lebih aktif dan menyebabkan rasa payau atau pahit dan kerap ingin meludah namun keadaan tersebut biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila memasuki trimester kedua.

  • Suhu tubuh meningkat
Badan cenderung untuk berkeadaan suhu seperti suhu badan ketika kita sedang tidur. Ini kerana organ kita bekerja dengan lebih giat ketika kita sedang tidur dan mengakibatkan suhu badan meningkat. Keadaan ini berlaku sepanjang masa untuk ibu hamil dan akan meningkat ketika sedang tidur. Digalakkn untuk pakai pakaian yg nipis dan mengambil susu atau pil kalsium utk mendapatkn tidur yang lebih baik.

  • Munculnya tompokan darah & Kejang di bhg bawah perut
Kelihatan seperti darah haid yg biasanya berlaku 1 minggu hingga 10 hari setelah terjadinya ovulasi atau persenyawaan. Ianya terjadi disebabkan oleh embrio yg menempel pada dinding rahim ketika proses (implantasi). Anda tidak perlu risau. Tompokan darah pada wanita hamil biasanya diikuti dgn kekejangan perut itu akan berlaku secara teratur sehingga trimester kedua.

Tanda-tanda yang dialami spt di atas adalah bergantung kepada setiap individu. Ada yang tiada langsung merasai simptom2 itu. oleh sebab itu, pentingnya utk kita melakukan sendiri ujian air kencing supaya kita dapat melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal utk memastikan kandungan kita sihat dan mendapat zat yg mencukupi ketika diawal kehamilan.

Untuk mengurangkan alahan2 di atas adalah penting utk si Ibu mendapatkan khasiat secukupnya sebagai langkah utk si Ibu dan kandungan kekal sihat dan fetus mendapat khasiat-khasiat penting utk tumbesaran pengambilan supplemen Shaklee utk Trimester I, II dan III.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 10.9.13 by AyshaZachary

No comments

13/03/2013



Tahniah! Ya saya ucapkan tahniah kepada anda yang bakal bergelar ibu ataupun bapa. Tiada apa yang lebih mengembirakan daripada mengetahui berita yang kita bakal bergelar ibu atau bapa.
Tetapi...

Kehamilan atau mengandung adalah satu proses fisiologi membabitkan pertumbuhan sel baru sehingga terbentuknya bayi.
Semasa proses itu berlangsung, pelbagai komplikasi dan risiko yang bakal si ibu alami sepanjang proses kehamilan dan sebelum bayi dalam kandungan selamat dilahirkan.

Pelbagai risiko yang bakal ibu mengandung alami antaranya adalah seperti:



  • Keguguran
  • Kelahiran bayi pra matang
  • Bayi yang dilahirkan mengalami berat badan yang kurang daripada normal
  • Ibu mengandung berisiko mengalami diabetes yang boleh menjejaskan kesihatan
  • Ibu mengandung berpotensi mengalami tekanan darah tinggi.
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup sifat.
  • Masalah ketika kelahiran atau bersalin. Disinilah anda ditentukan untuk melahirkan bayi secara normal atau cesarean.


Sebagai tambahan, menurut US National Diabetes Statistics fact sheet, NIDDK, 2003,kegagalan untuk ibu mengandung mengawal diabetes (kencing manis) ketika hamil boleh menyebabkan:

1)      Kecacatan pada bayi sebanyak 5-10% daripada setiap kehamilan
2)     Boleh menyebabkan kelahiran bayi yang besar daripada normal.
3)     Boleh menyebabkan keguguran mengejut ketika trimester pertama sebanyak 15-20% daripada wanita yang hamil.


Oleh itu, sedari awal peringkat kehamilan... bakal ibu/bapa harus memastikan pengambilan makanan dan supplemen tambahan ibu dan bayi yang dikandung mendapat manfaat dan kebaikan yg maksimum sepanjang proses kehamilan 

Terdapat 3 peringkat kehamilan... 



  • Trimester Pertama - Sekitar Usia kandungan 6 minggu sehingga 3 bulan
  • Trimester Kedua    - Sekitar Usia kandungan 4 bulan sehingga 6 bulan.
  • Trimester Ketiga    - Sekitar Usia kandungan 7 bulan sehingga 9 bulan 10 hari


OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat pentinguntuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung




Energising Soy Protein - 1-2 cawan sehari

Sangat bagus untuk diamalkan bukan sahaja semasa kehamilan bahkan teruskan semasa berpantang, menyusu dan seterusnya. Protein adalah makanan SEL, jika SEL rosak/mati dan tidak dirawat maka ia akan terserlah dari wajah atau tubuh badan kita yang lesu dan kusam. Protein akan memperbaharui/memperbaiki sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ia juga sangat bagus diambil untuk perkembangan fizikal bayi dan Insyaallah anda akan perasan yang wajah anda juga tidak kusam sewaktu kehamilan. Oh iya, ibu hamil tidak boleh mengambil vitamin E so boleh digantikan dengan ESP ya.






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-


EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan berkaitan

  • supplemen utk ibu hamil
  • set mengandung shaklee
  • mengelakkan kandungan yang bermasalah
  • supplemen untuk kehamilan yang sihat

Posted on 13.3.13 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular