20/05/2013

As-salam dan Selamat Sejahtera..





Harini nak bercerita tentang kesan positif GLA Complex ke atas penderita eczema. Biasanya yang mengamalkan GLA Complex ni rata-rata adalah kaum wanita kan.. Mana taknya... khasiat dan kelebihannya amat merujuk kepada kaum wanita seperti;

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) dan melawaskan period
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
Tetapi kali ni, testimonial kali ini adalah dari seorang lelaki yang telah lama menghidap ekzema dan kudis tebal sehingga terpaksa mengambil suntikan steroid setiap 2 bulan. Betapa bahaya nya kesan STEROID jika diambil untuk jangka masa yang panjang tidak dapat dibayangkan.. Membuatkan En Azmi berhasrat mengamalkan supplemen semulajadi yg terbukti lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. 


Kini En. Azmi bebas dari Ekzema dan kudis tebal... hanya dengan mengamalkan supplemen Shaklee... Bagi anda atau sesiapa sahaja di dalam keluarga anda yang mengalami masalah yang sama.... Jangan tunggu lagi... Berhentilah menggunakan krim STEROID atau suntikan STEROID yang menjanjikan kesan jangka panjang seperti kanser kulit dan bermacam lagi akibat yang bakal dihadapi. bertukarlah kepada supplemen semulajadi. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)



Posted on 20.5.13 by AyshaZachary

No comments

09/05/2013


Harini kita cerita tentang CarotoMax. CarotoMax adalah supplemen Antioxidants yang berupaya menjadi tembok pertahanan badan dari bahaya penyakit seperti kanser dan tumor.



Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. 

Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.


5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
Credit : Shaklee
  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi


Kelebihan Carotomax: 
~kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
~kesihatan tulang
~kesihatan tisu kulit sekitar mata dan badan Mengurangkan kesan mata 
  panda dan penyakit kulit seperti Psoriasis
~pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
~pembentukan membran mukus
~mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

Perbezaan Supplemen Shaklee: 

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 




Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. (Just where else can u find vitamin like this??)

**Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.**

Posted on 9.5.13 by AyshaZachary

No comments





Bulan MEI 2013 PROMOSI VIVIX BELI 6 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE. Sebenarnya, Dengan BELI 2 BOTOL PUN DAH DAPAT PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE. Kalau Beli 1 Botol Vivix je pun dari saya pun dapat keistimewaan juga =)



Vivix ni ada orang kata kalau dah consume vivix tak yah amik supplement lain. Sebenarnya boleh je guna vivix dan tambahkan dengan lain-lain supplement seperti Vitamin C ke, Garlic Complex ke. Tapi memandangkan harga yang mahal sikit dari lain-lain vitamin maka ramai orang amik vivix je. 

Mak saya ada kencing manis, darah tinggi, Minor Alzheimer dan Katarak. Disebabkan mak saya pun selalu culas amik pil-pil supplemen yang saya belikan, Saya bertekad nak belikan mak saya Vivix dan saya gunakan wang bonus dari Shaklee je, x perlu guna duit gaji yang suami beri. Alhamdulillah.... Mak saya semakin pulih selepas botol ke-2... Kencing manis dan darah tinggi semakin stabil... Alzheimer dan katarak pun dah tiada. Cuma mak saya ni susah nk berpantang makan. Jadi, kami adik beradik la yang selalu cek apa yg dia makan setiap hari.

Siapa yang patut mengamalkan supplemen Vivix ni?
  

1. Orang yang mempunyai masalah diabetes

2. Pesakit Alzheimer atau Nyanyuk
3. Sakit Sendi
4. Pesakit Barah Payudara
5. Inherent Essential Tremors
6. Pesakit Kanser
7. Epilepsi
8. Sakit Tulang Belakang
9. Radang Paru-paru
10. Kegagalan Buah Pinggang
11. Pesakit stroke
12. Yang ingin tambah tenaga
13. Yang ingin Awet Muda
14. Yang ingin cantik
15. Pesakit darah tinggi
16. Yang menghadapi masalah resdung kronik atau separa kronik




Bonusnya, mak saya sangat teruja sebab kulit wajahnya semakin menegang, eyebag semakin berkurang, kulit mencerah dan berat badan semakin stabil dengan ketinggian mak saya. (mak saya obesiti sebelum ni). Vivix ni adalah produk UNGGUL & ANTI AGING YG TERBAIK DI DUNIA. Produk yang dipatenkan khas hanya utk memastikan kualiti terbaik dari SHAKLEE. Tiada yang setanding dengannya.   




Kenapa Vivix Ni Terlampau Bagus

Hasil kajian menunjukkan vivix shaklee mampu bertindak hingga ke tahap sellular dan memberi kesan kepada empat mekanisme utama yang membawa kebaikan berpuluh penyakit atau masalah kesihatan manusia. Vivix shaklee:

1. Membantu melindungi dan memperbaiki Sel DNA
2. Meningkatkan keupayaan pengawal selia genetik
3. Menggalakkan biogenesis mitokondria
4. Melambatkan penuaan

Jadi bulan ni jom beli vivix dan kongsikan vivix dengan sesiapa jua yang anda SAYANG. Eh, risau bulan depan tak boleh beli lagi?..Jangan risau sesiapa yang beli vivix dengan saya bulan ni anda layak mendapat harga menarik dari saya saja untuk order yang seterusnya.

Meh kita order ramai-ramai.



Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian cuma RM65 seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI AYSHA,


Anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak saya hantarkan By Hand di kawasan Mutiara Damansara, Sg Buloh, Kepong, Jalan Ipoh, KLCC, Jalan Ampang, Cheras dan Kg Pandan boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan poslajukan ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan KONSULTASI YANG BERKESAN & TIPS EXCLUSIVE  dengan setiap pembelian khas untuk anda! HUBUNGI SAYA DI;-

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Pautan Berkaitan
  • VIVIX membantu penyembuhan kanser
  • Tonik yang tinggi antioksidan
  • Tonik antioksidan untuk bantutkan sel kanser
  • Promo Vivix Beli 6 Percuma 1

Posted on 9.5.13 by AyshaZachary

No comments

Harini saya nak menulis tentang Vitamin B. Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B untuk mendapatkan faedah yang optimum.


Gejala kekurangan vitamin B:

  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
~Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.

~Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.

~Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.

~Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan
membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.

~Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.

~Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.

~Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda

Manfaat Vitamin B Complex
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
melancarkan metabolisme
melancarkan peredaran darah
mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
memulihkan gangguan saraf

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
memlancarkan metabolisme
meningkatkan kekebalan tubuh
menjaga keseimbangan garam-garam mineral
membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
mencegah kerosakan urat saraf
membantu pembentukan sel darah merah
melancarkan metabolisme sistem tubuh
mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu
    kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah 
      merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Posted on 9.5.13 by AyshaZachary

No comments

07/05/2013


Kesan regangan atau stretch mark pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin amat membimbangkan kaum wanita termasuk saya. Regangan kulit muncul seperti jalur panjang pada kulit dan selalunya dilihat berwarna putih. Sedikit kenyal dan bergentel-gentel timbul di atas kulit apabila disentuh. Ada juga kesan regangan berwarna agak keunguan atau merah, mengikut jenis ton kulit masing-masing.
Wanita yang mempunyai kulit cerah cenderung mempunyai kesan regangan ketara manakala mereka yang berkulit gelap mempunyai tanda lebih ringan.

Kesan itu bagaikan cela dan menyerupai seakan parut yang sukar dihapuskan dan mampu menurunkan tahap keyakinan diri seseorang wanita itu apatah lagi ketika berdepan dengan suami.

Stretch Mark atau Kesan Regangan ketika hamil memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak tidak melakukan sesuatu dan membiarkan sahaja ia wujud di kawasan tertentu seperti perut, peha dan pinggul kita....
Jom kita lihat faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya stretch mark:-
1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan dan kehilangan berat badan (sedang diet)
2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.
3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.
4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.
5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan
6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang
7. Cara lain untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.
8. Cara terbaik utk mengelakkan dari stretch mark adalah dengan mengamalkan supplemen dan set kehamilan shaklee seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP




Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakan ia kekal selamanya kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)


Posted on 7.5.13 by AyshaZachary

No comments

06/05/2013


Ramai yang bertanya kepada saya set bersalin/berpantang manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin?
Bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil, boleh keliru juga nak pikir set bersalin mana satu yang nak dipilih? Lagi bertambah pening bila macam-macam pendapat yang diberikan oleh orang-orang sekeliling dan yang dibaca di internet. Tapi apa-apa pun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada individu juga. Sebab itu lah ada macam-macam set bersalin di pasaran pada masa kini.

Jika anda juga berada dalam situasi ini, cuba pertimbangkan faktor berikut sewaktu membuat pilihan untuk set bersalin :

1. Berapa bajet anda untuk set bersalin saja? 
Ini perlu dipertimbangkan kerana banyak lagi barang lain yang perlu anda siapkan untuk menyambut kelahirang orang baru.

2. Adakah Puan Aysha jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya?
Ada orang tak kisah untuk makan dan minum ubat yang pahit banyak kali. Ada orang pula (contohnya saya sendiri) sekali dua kali boleh la... Kalau sehari 5 kali, alamaaakk tak boleh la... Tak tertelan dek tekak ni

3. Perlu mengikut Situasi dan keadaan kita
Maksud saya, adakah kita perlu berpantang sendiri, tak ada sesiapa melainkan kita, suami yang hanya cuti seminggu atau beberapa hari saja, anak-anak dan bayi yang baru berumur beberapa hari yang perlu kita jaga? Jika berada di situasi ini, saya cadangkan anda mempertimbangkan untuk mencari alternatif untuk set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu puan Aysha kembali  cergas dan kuat selepas bersalin. Tetapi jika anda ada pembantu rumah, ibu, mertua dan saudara mara yang datang menolong, biasanya tiada masalah untuk mendapatkan set bersalin yang memerlukan ia direbus, minum, rebus lagi... dan minum berulang kali atau jamu yang memerlukan anda ambil beberapa kali sehari.

4. Alahan dan alergi kepada ubat 
Bagi sesetengah individu ada yang tidak boleh ambil jamu yang kuat dan panas. Kesan nya mereka akan rasa gatal dan keluar ruam diseluruh badan. Jika anda tergolong diantara individu seperti ini, sebaiknya cuba elakkan jamu tetapi dapatkan set bersalin alternatif seperti set bersalin Shaklee. 

5. Berapa lama anda perlu tinggal di hospital? 
Jika sekiranya selepas bersalin anda perlu tinggal lebih lama di hospital disebabkan oleh keadaan tertentu contohnya bayi perlu ditahan disebabkan oleh masalah dan komplikasi sewaktu bersalin, ini bermakna puan perlu mendapatkan set bersalin yang mudah untuk diambil. Ini sebenarnya terjadi kepada diri saya sendiri sewaktu melahirkan anak pertama. Saya melahirkan seorang baby prem (tidak cukup bulan), bayi saya perlu ditahan di wad NICU selama seminggu. Sebagai seorang ibu tak sampai hati pula rasanya nak balik kerumah dan tinggalkan anak dihospital. Pada waktu itu saya bersyukur kerana telah memilih set bersalin yang mudah untuk diambil, hanya perlu telan dgn air sahaja. Bagi mereka yang berada dalam situasi ini,  ingin saya ingatkan bahawa jika anda perlu tinggal lama dihospital itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil set bersalin seperti biasa. Pengambilan set bersalin sewaktu tempoh berpantang sangat penting untuk membantu anda agar kembali sihat dan kuat - tidak kiralah sama ada anda bersalin normal atau secara pembedahan. Yang penting adalah cuba dapatkan alternatif dan bertukar kepada set bersalin lain jika situasi dan keadaan puan ketika itu tidak mengizinkan puan untuk mengambil ubat atau akar kayu  yang memerlukan ia direbus sebelum boleh diminum. 

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee terdiri dari 4 jenis pil yang mudah dibawa dan diambil bila-bila masa sahaja. 



Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.
Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.



B-Complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut,  konsultasi percuma dan pakej istimewa utk pelanggan saya, contact saya melalui~

EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)



Posted on 6.5.13 by AyshaZachary

No comments

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.
Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.
Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.
Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.
Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.
Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.
“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.
“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.
Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.
“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.
“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. 
“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.
“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.
Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.
Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 
Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.
“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.
“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.
Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.
Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.
Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.
Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.
Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.
“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.
“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air uam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.
Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.
“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.
"Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Rahsia ais dan air sejuk



■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,
■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.
■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

(sumber:http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-536280.html)



EMAIL: ayshazachary2004@gmail.com
SMS @ Whatsapp : 0123252960
Add saya di facebook:  Aysha Zachary
Pages : Mylilsupplementshoppe
Atau follow blog saya =)

Posted on 6.5.13 by AyshaZachary

No comments

Atrikel Popular